PETUA PENJAGAAN TUBUH BADAN YANG TERBAIK...


BUAH-BUAHAN 
     Amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan diet yang baik untuk tubuh badan.  Berbagai zat dan vitamin yang terkandung dapat membantu mengelak dan merawat pelbagai jenis penyakit yang biasa mahupun yang berbahaya.  
     Disamping memakannya begitu sahaja, boleh juga dimasak dan dibuat jus.  Berbagai amalan dan petua boleh diamalkan juga menggunakan buah dan sayur untuk menjamin kesihatan.

JERAGAT
PETUA MENGHILANGKAN JERAGAT
-  Ambil 3 atau 4 helai pucuk jambu batu dan lumatkan pd tapak tangan dengan sedikit air.. Setelah lumat sapu gosokkan pada kulit muka selama 10 minit.
Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan..insyaAllah..

MEMUTIHKAN KETIAK 
PETUA MEMUTIHKAN KETIAK
-  Campurkan sedikit kapur sirih dengan jus limau nipis,kemudian d sapu pada ketiak dan biarkan 15 minit.
kemudian bilas. Amalkan sebanyak 3 kali seminggu.

PERUT BUNCIT
PETUA MENGEMPISKAN PERUT BUNCIT
-  Campurkan kapur sirih dengan jus limau nipis,sapu pada bahagian perut dan sebaik-baiknya pakailah barut yg di ikat kemas.
Biarkan seharian bg yg sdg berpantang dan biarkan smalaman bg yg tdk berpantang,bilas dgn air bersih.
Amalkan selalu untuk dpatkan hasil yg berkesan.

SARIAWAN / ULSER
PETUA MENGUBATI SARIAWAN/ULSER MULUT
-  Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air. Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.
Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

BIBIR SIHAT MEMIKAT
PETUA MEMERAHKAN BIBIR
- Dapatkan seketul kecil halia tua,buang kulitnya dan di cuci bersih.Gosok pada bibir sebelum tidur.Biarkan semalaman,cuci dengan air bersih keesokkan hari.Tujuannya adalah untuk membuang kulit mati pada bibir dan menggalakkan peredaran darah pada bibir..amalkan selalu untuk mendapatkan hasil yg ketara..insyaallah.

BUANG ANGIN
PETUA BUANG ANGIN DIDALAM BADAN
- Untuk membuang angin dalam badan dengan cara yang lebih enak dari kebiasaan..ambil seketul halia muda di buang kulit dan di cuci bersih.Masukkan ke dalam pengisar dan di campurkan dengan serbuk minuman coklat dan sedikit susu pekat manis.Masukkan air suam dan kisar hingga hancur.Tapiskan ke dalam gelas.Amalkan selalu untuk mendapatkan hasil yang berkesan..rasanya juga enak..selamat mencuba ..insyaallah berkesan andai anda rajin mengamalkannya..(^_^)

KUKU SIHAT MENAWAN
PETUA MENGILATKAN KUKU 
- Cuci tangan atau kaki bersih-bersih sebelum melakukan petua ini supaya hasil lebih menyerlah.

- Kupas bawang putih dan belah dua,kemudian gosok pada kuku hingga nampak berkilat.Amalkan selalu..insyaallah.

SAYUR-SAYURAN


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive