KUIH PAI TEE AWESOME...

KUIH PAI TEE
     Kuih pai tee ni.. asalnya dari keturunan peranankan .. Ianya juga di panggil top hat berdasarkan bentuk rupa kuihnya.  Bahan asasnya lebih kurang seperti kuih ros @ kuih goyang cuma tak letak santan dan gula. Rangup dan rapuh ketika panas. Makan ketika panas kerana jika sidah diletakkan inti akan menjadi lembik .    
  
    Intinya berasaskan sayuran seperti popia dan boleh di tambah udang @ daging @ ayam.. Enak dimakan dengan sos.  Lebih berbaloi jika membuatnya sendiri keran jika di restoran seperti Chicken Rice Shop, hargaya agak tinggi.. Selamat mencuba semua...

KUIH PIE TEE

Bahan-bahan kulit pai tee:-
180 gram tepung beras cap teratai
50 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 ml air
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
Secubit garam

Bahan-bahan inti:-
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa

Bahan lain:-
Sos cili untuk dimakan bersama
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Cara-caranya:-

A) Kulit Pai Tee:-
01.  Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, gaul rata dan ayak. Masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga mendapat bancuhan yang sebati. Tapis dan ketepikan sebentar.

02.  Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian celup acuan pie tee ke dalam minyak panas tadi, biar kurang lebih 30 saat. Angkat acuan tadi dan celop dalam bancuhan tepung, tapi jangan sampai atas, buat macam gambar di atas tu.

03.  Kemudian masukkan ke dalam minyak panas, dan biar hingga kulit pie tee mengeras. Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali, tujuan untuk menjadikan bahagian bawah pie tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.

04.  Tanggalkan kulit pie tee dari acuan, kalau susah, longgarkan dengan garfu atau lidi sate. Goreng hingga perang sedikit, angkat dan toskan atas kitchen paper towel. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi, hingga siap. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

B)  Inti :- 
01.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata. 

02.  Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.

C) Pai Tee :- 
01.  Ambil satu mangkuk pie tee tadi, sudukan inti hingga penuh. Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. 

02.  Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan. Hidangkan segera....



Sumber: Che mat tiffin biru








P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive