KUIH SERIMUKA DURIAN YANG TERSANGAT SEDAP..

SERIMUKA DURIAN
Kuih serimuka merupakan sejenis kuih tradisional yang berasaskan pulut yang ditanak ataupun kukus bersama santan dibahagian bawahnya.  Lapisan atasnya pula adalah diperbuat dari campuran tepung dan santan.  
      Seringkali perisa pandan menjadi pilihan.  Namun kita cuba pula resepi ini dengan mengantikan pandan kepada durian.  Lazat tak terkata...

SERIMUKA DURIAN

Bahan-bahan Lapisan Bawah:-
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula

Cara-cara:-
01.  Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. 

02.  Kemudian kukus lebih kurang 30-35 min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. 

03.  Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang @ plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. 

04.  Tekan padat. Ketepikan sebentar. 


Bahan-bahan Lapisan Atas:-
150g isi durian (saya guna lempok durian)
125g gula  (saya kurangkan kepada 65gm sahaja sbb lempok tu sangat manis)
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat  (200ml santan pekat + 175ml air (air ni saya blend dgn isi lempuk)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:-
01.  Blend isi durian (saya blendkan lempok dengan air ) dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan. 

02.  Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.

03.  Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih (kalau masih berketul, then blend lagi skali).

04.  Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.

05.  Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.

06.  Tunggu sejuk baru dipotong.

sumber: bisousatoi and hanamemories

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive