MASAKAN SIPUT SEDUT MASAK KICAP YANG MENYELERAKAN..
SIPUT SEDUT MASAK KICAP.. |
Bagaimanapun, anda tentu sukakan rasanya yang sedap, lemak dan manis. Selamat mencuba..
SIPUT SEDUT MASAK KICAP
Bahan-bahannya :
1 kg siput sedut - potong ekornya dan dibersihkan
2 biji telur ayam
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
setengah inci halia
kicap pekat
garam, serbuk perisa dan gula
minyak untuk menumis
Cara-caranya :
1. Bawang merah, putih dan halia ditumbuk kasar. Telur dipukul sehingga kembang kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk kasar. setelah naik bau masukkan siput sedut yang telah dibersihkan dan dipotong ekornya.
3. Gaul sehingga rata dan air dari siput sedut keluar perlahan-lahan.
4. Setelah itu, masukkan kicap pekat 3-4 camca (anggaran sehingga tidak kelihatan pucat)gaul sebati. masukkan bahan perisa secukup rasa gaul dan masak sehingga kuah kicap bertambah pekat.
5. Setelah kelihatan hampir-hampir pekat masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sehingga sebati sehingga adunan telur kelihatan melekat pada kulit siput tadi.
3. Bila masakan hampir-hampir kering angkat dan hidangkan.
Sumber: Blogger
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment