BISKUT BUAH KANA ... MESTI NAK CUBA LAGI..

BiSKUT BUAH KANA
     Biskut buah kana adalah biskut yang berbentuk seperti sebiji buah kana.  2 keping biskut rapuh, yang disapukan dengan jem untuk melekatkan 2 kepingan itu.  Rasa sederhana lemak dan rapuh apabila bergabung rasa jem buah-buahan yang sedikit masam manis, menjadikan ia biskut yang tidak jemu dimakan.  Selamat mencuba semua..
BISKUT BUAH KANA

Bahan-bahan:-
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan marjerin / mentega
1/2 sk serbuk penaik / baking powder
1 biji telur
1 sk esen vanilla 
1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) �
jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit 
sukatannya.
jem secukupnya

Cara-cara :
1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard  dan serbuk penaik diayak bersama.

2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata.

3. Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya.

4. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana.  Ketukkan acuan dan susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang sudah dilengserkan dgn mentega /marjerin.

5. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga masak.

6. Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup kemas.

7. Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn sempurna.

Sumber: - Amy dan  Dayang jack

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive