ADAB-ADAB MANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR


                                                     
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

                  

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses �gugur� tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Kongsikan kepada semua, moga bermanfaat.

Wallahua�lam�.

                             

KHASIAT DAN PETUA DARI TIMUN.. JANGAN LUPA AMALKAN..


TIMUN
     Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam daripada biji benihnya.  Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan. Ia mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. 
     Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Timun banyak digunakan di dalam produk kecantikan kerana khasiatnya.  Ia juga berkesan untuk diamalkan sebagai petua harian.



KHASIAT TIMUN
1. Menghilangkan panas badan dari Luar dan Dalam. Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

2. Membekalkan mineral mesra kulit timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.


3. Membuang toksin dari badan. Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang.

4. Masalah hidrasi badan. Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timun mengandungi 90% air.

5. Menyihatkan kuku dan rambut keajaiban silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

6. Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga. Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.


7. Memulihkan mata. Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

8. Melawan kanser. Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

9. Menyembuhkan kencing manis, mengurangkan kolesterol dan mengawal tekanan darah jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

10. Menyegarkan mulut. Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

11. Membantu dalam menurunkan berat badan dan penghadaman Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak. Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.


12. Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.

13. Menyembuhkan mabuk. Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.

14. Menjaga kesihatan buah pinggang. Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

KHASIAT SEPOHON KEDONDONG.. PENGAMALAN SEHARIAN...


POKOK KEDONDONG

     Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.  Pokok kedondong mempunyai berbagai khasiat daripada buah, daun dan batangny.  Buah kedondong boleh dimakan mentah. 
     Kedondong muda sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli dan jus. 

KHASIAT BUAH DAN DAUN KEDONDONG


1. Anemia (Buah)
Kandungan zat besi dalam 100 gram buah kedondong mencapai 30 mg, dapat membantu proses pembentukan sel darah merah.

2. Kecantikan Kulit Wajah dan Tubuh (Buah)
Kaya akan kandungan vitamin C aitu 30-50 mg dalam 100 gram buah kedondong. Ia dapat membantu proses generasi kulit dengan cara meningkatkan produksi kolagen yang berperanan penting dalam elastisiti kulit. Selain itu, vitamin C juga bersifat antioksida yang dapat mencegah radikal bebas.



3. Menjaga Saluran Pencernaan dan Diet (Buah)
Kandungan serat pada 100 gram buah kedondong yang mencapai 0.83-3.60 mg sangat bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.

4. Menurunkan Berat Badan (Buah)
Dengan kandungan lemak, protein dan karbohidrat dalam jumlah rendah, buah kedondong juga dapat membantu bagi mereka yang sedang menjalani program diet untuk menurunkan berat badan. Buah kedondong yang muda sangat tinggi serat dan air. 
Sementara buah kedondong yang masak kandungan sukrosanya tinggi sehingga menambah jumlah kalori di dalamnya.


5. Ubat Batuk Alami (buah)
Untuk mengubati batuk, gunakan 3 biji buah kedondong yang telah dicuci bersih. Diparut dan perah airnya tanpa ditambahkan air.
Tambah sedikit garam pada air perahannnya dan ramuan siap utnuk diminum 2 kali sehari.

6. Penambah Tenaga dan Vitalitas Tubuh (Buah)
Buah kedondong memiliki unsur gula dalam bentuk sukrosa yang bermanfaat sebagai penambah tenaga dan vitalitas tubuh.


7. Kudis dan Luka Terbakar (Daun)
Daun kedondong juga digunakan secara tradisional untuk mengubati kudis, luka perih dan luka terbakar.

8. Mengatasi cirit-birit (Daun)
Untuk mengatasi cirit-birit, gunakan kurang lebih 15 gram kulit batang kedondong segar yang telah dicuci bersih. Dipotong kecil dan rebus dengan 2 gelas air selama 15 menit. 
Tunggu sampai sejuk dan tapis dan air hasil tapisan dapat diminum 2 kali sehari.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

PETUA PENJAGAAN TUBUH BADAN YANG TERBAIK...


BUAH-BUAHAN 
     Amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan diet yang baik untuk tubuh badan.  Berbagai zat dan vitamin yang terkandung dapat membantu mengelak dan merawat pelbagai jenis penyakit yang biasa mahupun yang berbahaya.  
     Disamping memakannya begitu sahaja, boleh juga dimasak dan dibuat jus.  Berbagai amalan dan petua boleh diamalkan juga menggunakan buah dan sayur untuk menjamin kesihatan.

JERAGAT
PETUA MENGHILANGKAN JERAGAT
-  Ambil 3 atau 4 helai pucuk jambu batu dan lumatkan pd tapak tangan dengan sedikit air.. Setelah lumat sapu gosokkan pada kulit muka selama 10 minit.
Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan..insyaAllah..

MEMUTIHKAN KETIAK 
PETUA MEMUTIHKAN KETIAK
-  Campurkan sedikit kapur sirih dengan jus limau nipis,kemudian d sapu pada ketiak dan biarkan 15 minit.
kemudian bilas. Amalkan sebanyak 3 kali seminggu.

PERUT BUNCIT
PETUA MENGEMPISKAN PERUT BUNCIT
-  Campurkan kapur sirih dengan jus limau nipis,sapu pada bahagian perut dan sebaik-baiknya pakailah barut yg di ikat kemas.
Biarkan seharian bg yg sdg berpantang dan biarkan smalaman bg yg tdk berpantang,bilas dgn air bersih.
Amalkan selalu untuk dpatkan hasil yg berkesan.

SARIAWAN / ULSER
PETUA MENGUBATI SARIAWAN/ULSER MULUT
-  Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air. Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.
Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

BIBIR SIHAT MEMIKAT
PETUA MEMERAHKAN BIBIR
- Dapatkan seketul kecil halia tua,buang kulitnya dan di cuci bersih.Gosok pada bibir sebelum tidur.Biarkan semalaman,cuci dengan air bersih keesokkan hari.Tujuannya adalah untuk membuang kulit mati pada bibir dan menggalakkan peredaran darah pada bibir..amalkan selalu untuk mendapatkan hasil yg ketara..insyaallah.

BUANG ANGIN
PETUA BUANG ANGIN DIDALAM BADAN
- Untuk membuang angin dalam badan dengan cara yang lebih enak dari kebiasaan..ambil seketul halia muda di buang kulit dan di cuci bersih.Masukkan ke dalam pengisar dan di campurkan dengan serbuk minuman coklat dan sedikit susu pekat manis.Masukkan air suam dan kisar hingga hancur.Tapiskan ke dalam gelas.Amalkan selalu untuk mendapatkan hasil yang berkesan..rasanya juga enak..selamat mencuba ..insyaallah berkesan andai anda rajin mengamalkannya..(^_^)

KUKU SIHAT MENAWAN
PETUA MENGILATKAN KUKU 
- Cuci tangan atau kaki bersih-bersih sebelum melakukan petua ini supaya hasil lebih menyerlah.

- Kupas bawang putih dan belah dua,kemudian gosok pada kuku hingga nampak berkilat.Amalkan selalu..insyaallah.

SAYUR-SAYURAN


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

KHASIAT DAN KEGUNAAN SAYURAN DAN POKOK HIASAN

SAYUR BAYAM
     

KHASIAT DAN KEGUNAAN TUMBUHAN..

     Dedaun tumbuhan mempunyai banyak khasiat dan manfaat pada tubuh badan dan sistem imun manusia.  Selain itu, ia dapat membantu kita menjaga dan juga memelihara alam sekitar. Disamping itu, ia juga dapat menambahkan kecantikan pemandangan sesuatu tempat seperti ditasik ataupun dikolam.
     Mari kita kupas, khasiat dan kegunaan sayuran dan pokok-pokok dibawah ini..

KHASIAT BAYAM

-  Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), merendahkan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.


POKOK PERIA
DAUN PERIA

-  Jika anda dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.


POKOK TERATAI


POKOK KIAMBANG
TERATAI DAN KIAMBANG 

-  Menghapus jentik-jentik dari pasu atau kolam kecil.
Kiambang dan teratai yang di tanam dalam pasu mungkin menghadapi masalah pembiakan jentik-jentik dan terpaksa di taukar airnya setiap minggu.Bagi mengatasi masalah ini,campurkan dua titis minyak masak atau minyak bayi kedalam air,nescaya jentik-jentik akan mati.


DAUN PUDINA
DAUN PUDINA

-  Membantu saluran pencernaan. Jika terkena cirit birit atau sakit perut boleh ambil jus pudina untuk rawatan

-  Membantu bertindak menjadi penyejuk kepada kulit + membantu dalam masalah kegatalan kulit

-  Membantu mengurangkan sindrom usus + membersihkan perut + menghilangkan masalah kulit seperti jerawat = minum teh pudina ( resipi disertakan dibawah)

-  Teh pudina = Rendam teh uncang + beberapa helai daun pudina dengan air panas = hidangkan dalam gelas dengan ais kiub + gula. Menyegarkan badan terutama mata mengantuk.

-  Membantu dalam menghapuskan toksin dari badan

-  Membantu dalam pemutihan gigi + memerangi nafas berbau = hancurkan daun pudina dan gosok terus ke gigi. 

-  Menjadi pembersih yang sangat baik untuk darah kita.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

PETUA MERAWAT TUMIT KAKI YANG PECAH DAN MENYAKITKAN..

TUMIT KAKI PECAH
    Tumit kaki pecah merupakan salah satu penyakit yang biasa dialami oleh orang dewasa. Tumit kaki yang pecah ini akan terasa kering dan sakit ketika menapak di lantai.  Ianya terjadi kerana kekurangan vitamin, mineral (zink dan zat besi), dan omega 3. 
    Selain daripada meletakkan cream  ataupaun losyen khas untuk merawatnya, berbagai petua juga boleh diamalkan untuk menjadikan tumit kaki anda bersih dan sihat seperti biasa.  Selamat mencuba..

PETUA RAWAT TUMIT KAKI PECAH

Cubalah mana-mana petua di bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.

1. Buah kedondong dan kunyit hidup
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

2. Bawang merah
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

3. Belimbing buluh
Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

4. Asam Jawa 
Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

5. Rumput
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

6. Lemak ayam
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

7. Nasi
Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

8. Daun pisang
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

9. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

10. Betik muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

TUMIT KAKI YANG SIHAT
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

Anda Ingin Bergambar Dengan Sheila Rusly??


Bagaimana anda boleh berjumpa secara dekat dengan Hajah Sheila Rusly dan mengikuti secara dekat bagaimana rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan 2015 dijalankan, caranya mudah sahaja, anda perlu share artikel ini di wall facebook anda dan komen diblog ini " SAYA BERMINAT " dan follow Instagram Sheila Rusly serta LIKE page Resepi Sheila Rusly. Pemenang dipilih mengikut syarat-syarat diatas. So senang je kan?

Tujuan untuk memberi peluang kepada peminat sheila rusly berjumpa dengan lebih dekat dah dapat mengetahui aktiviti terbaru sheila rusly sekarang.
A photo posted by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

PETUA SEHARIAN DIRUMAH..

LUKA MELECUR
Ketika  didapur, kita haruslah lebih berhati-hati.  Berbagai kemalangan kecil atau besar mudah sahaja berlaku seandainya kita lalai dan leka.  Ini kerana didapur terdapat air panas, minyak panas dan perkakasan panas bersuhu tinggi  yang boleh membuatkan kita mengalami kemalangan kecil.
     Disamping penyediaan kotak kecemasan, kita juga perlu tahu serba sedikit mengenai petua tradisional untuk menyelamatkan keadaan atau pun meredakan kesakitan.  Selamat mencuba petua ini..

PETUA AMALAN SEHARIAN DIRUMAH..

PETUA MERAWAT LECUR AKIBAT MINYAK DAN AIR PANAS
-  Cubalah rawat kulit melecur tersebut dengan mana-mana ikhtiar petua di bawah:

1. Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

2. Oleskan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3. Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

6. Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

7. Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam.  Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.


TERTUSUK DURI

PETUA MERAWAT TERTUSUK DURI

1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.

2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.

TERCEKIK TULANG
PETUA TERCEKIK TULANG

1. Nasi atau pisang :
Kepal-kepalkan nasi atau pisang dan terus telan. Sebaiknya baca bismilah dan 3 qul dan bertawakal sambil makan pisang atau nasi kepal.

2. Madu :
Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akam terkeluar.

3. Air basuhan tangan kita :
Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tu. InsyaAllah mujarab dengan izin Allah.

4. Minyak masak :
Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak, sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan beransur-ansur reda.

Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital. 
Selamat mencuba.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!