LONTONG KERING MABELES...

LONTONG KERING
     Biasanya lontong kita makan dengan cara menuangkan kuah lodeh dan makan bersama nasi impit dan sambal kacang atau sambal tumis.  Apa kata kita cuab pula versi berlainan.            Haaa.. Meh kita kongsikan resepi simple tapi lazat untuk disediakan ni..  Lontong kering.  Pasti lazat dan mengenyangkan.. Cara penyediaan pun mudah.  Selamat mencuba...

LONTONG KERING SIMPLE

Bahan-bahannya:-
Bawang merah
Bawang putih
Lada kering (cili kerinting)
Udang kering
(semua bahan ini dikisar halus)

daging Lembu direbus dan dipotong nipis kecil
fishcake dipotong nipis kecil
Udang kupas kulit dan siang bersih
Secukup rasa garam dan kicap manis
Sawi...
Taugeh
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Ketupat (nasi impit) dipotong dadu

Cara-caranya:-
01.  Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang sudah dikisar halus.  

02.  Masukkan daging. Masukkan air...Renihkan kuah. 

03.  Masukkan fishcake dan udang. Perasakan secukupnya dengan kicap dan garam.

04.  Masukkan nasi impit.  Kacau kan rata. Kecilkan api.  Pecahkan sebiji telur,  Kacaukan               biar sebati. Masukkan taugeh.  Kacau sebentar. Siap.

05.  Sendukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dgn daun bawang dan daun sup serta bawang               goreng. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Blogger

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive