KHASIAT SEPOHON KEDONDONG.. PENGAMALAN SEHARIAN...
POKOK KEDONDONG |
Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Pokok kedondong mempunyai berbagai khasiat daripada buah, daun dan batangny. Buah kedondong boleh dimakan mentah.
Kedondong muda sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli dan jus.
KHASIAT BUAH DAN DAUN KEDONDONG
1. Anemia (Buah)
Kandungan zat besi dalam 100 gram buah kedondong mencapai 30 mg, dapat membantu proses pembentukan sel darah merah.
2. Kecantikan Kulit Wajah dan Tubuh (Buah)
Kaya akan kandungan vitamin C aitu 30-50 mg dalam 100 gram buah kedondong. Ia dapat membantu proses generasi kulit dengan cara meningkatkan produksi kolagen yang berperanan penting dalam elastisiti kulit. Selain itu, vitamin C juga bersifat antioksida yang dapat mencegah radikal bebas.
3. Menjaga Saluran Pencernaan dan Diet (Buah)
Kandungan serat pada 100 gram buah kedondong yang mencapai 0.83-3.60 mg sangat bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
4. Menurunkan Berat Badan (Buah)
Dengan kandungan lemak, protein dan karbohidrat dalam jumlah rendah, buah kedondong juga dapat membantu bagi mereka yang sedang menjalani program diet untuk menurunkan berat badan. Buah kedondong yang muda sangat tinggi serat dan air.
Sementara buah kedondong yang masak kandungan sukrosanya tinggi sehingga menambah jumlah kalori di dalamnya.
5. Ubat Batuk Alami (buah)
Untuk mengubati batuk, gunakan 3 biji buah kedondong yang telah dicuci bersih. Diparut dan perah airnya tanpa ditambahkan air.
Tambah sedikit garam pada air perahannnya dan ramuan siap utnuk diminum 2 kali sehari.
6. Penambah Tenaga dan Vitalitas Tubuh (Buah)
Buah kedondong memiliki unsur gula dalam bentuk sukrosa yang bermanfaat sebagai penambah tenaga dan vitalitas tubuh.
7. Kudis dan Luka Terbakar (Daun)
Daun kedondong juga digunakan secara tradisional untuk mengubati kudis, luka perih dan luka terbakar.
8. Mengatasi cirit-birit (Daun)
Untuk mengatasi cirit-birit, gunakan kurang lebih 15 gram kulit batang kedondong segar yang telah dicuci bersih. Dipotong kecil dan rebus dengan 2 gelas air selama 15 menit.
Tunggu sampai sejuk dan tapis dan air hasil tapisan dapat diminum 2 kali sehari.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment