APAM PISANG GEBU GEBAS...
APAM PISANG |
Hidangkan bersama secawan milo, tentu anak-anak suka. Sambil bersantai di pagi minggu . Boleh juga sebagai makanan untuk bekalan ketika perjalanan jauh. Selamat mencuba..
APAM PISANG
Bahan-bahan:
1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
Cara-cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.
Sumber: Che Amie
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment