KUIH PUTERI DUA SEBILIK...JANGAN SKODENG!!!

KUIH PUTERI DUA SEBILIK
     Kuih puteri dua sebilik.. Wahhh... namanya jr dah wt kita terkejut.  Apakan lagi rasanya. Hehehehe... Kuih ini asalnya dari kuih tepung bungkus.  Perbezaannya cuma, tepung bungkus .. kuih nya kosong.  Kuih putri dua sebilik ini pula, mengandungi inti.  
     Tepung pulut bertindak sebagai bilik.  Manakala inti kelapa  ditutupi dengan tepung pulut berwarna yang bertindak sebagai 2 org puteri.. (hijau & merah).  Rasa kuih ini , manis, lemak dan masin. Selamat mencuba.. 

KUIH PUTRI DUA SEBILIK

Bahan-bahan :
2 cwn tepung beras
4 cawan santan
Sedikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti :
1/2 biji kelapa parut
1 ketul gula melaka
2 sb air
Daun pandan

Bahan salutan inti:
2 sb tepung pulut (bancuh dengan 1 sb air dan pewarna hijau) 
2 sb tepung pulut (bancuh dengan 1 sb air dan pewarna merah) 

Cara-cara :
01.  Masakkan bahan-bahan  inti hingga kering. Bulat-bulatkan dan ketepikan

02.  Leperkan sedikit tepung pulut yang telah dibancuh dan masukkan inti kelapa. Bulatkan dan ketepikan.

03.  Bancuh tepung beras bersama santan dan garam, kacau separuh masak.

04.  Layur daun pisang, potong dan bersihkan.

05.  Ambil dua sudu besar bancuhan tepung, letak atas daun pisang.

06.  Letakkan sbijiiini merah dan sebiji inti hijau dan tutup dengan dua sudu besar tepung.

07.  Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung. 

08.  Kukus 20 minit.

09.  Bila sejuk bolehlah dihidang.


Sumber :  Cheq Sue, Kak Ita, Noorsha

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive