KHASIAT DAN PETUA DARI BETIK..

BUAH BETIK
     Betik merupakan buah yang mudah didapati diseluruh asean. Berbagai khasiat dan manfaat boleh didapati dari sepohon betik.  Pucuk, bunga, daun, getah, buah dan bijinya boleh digunakan.  

Ianya mengandungi banyak vitamin A dan C, juga zat besi, kalsium, natrium dan lain-lain lagi. Ia dapat merawat sembelit dan menjadi agen untuk melembutkan daging ketika merebusnya. Mari kita lihat apa lagi kelebihan betik...

KHASIAT BETIK

Buah Betik:-
-Kaya akan antioksidan karoten, vitamin C dan flavonoid yang berperanan sebagai anti cancer

-Mengandung suatu enzim protease - yang bermanfaat untuk membantu mempercepat penyembuhan luka dan mencernakan protein.

- Dapat berfungsi untuk mengurangi serangan jantung, anti amuba, dan peluruh cacing.
betik dapat memperlancar pencernaan dan buang air, sering mengalami kesulitan dalam buang air.

GETAH BETIK
Getah betik Muda:- 
-Dapat digunakan untuk mengubati kaki yang pecah-pecah.

Caranya:
-lumurkan getah betik muda pada pecahan kulit kaki hingga meresap (kering).

-Sebelum dilumur, bersihkan terlebih dahulu kaki dengan air besih

-Lakukan sekerap mungkiN. insyaAllah....


DAUN BETIK
Daun betik:- 

-Masukkan daun betik ketika merebus ayam utk melembutkan ayam tua


BIJI BETIK
Biji betik:-
-Kilatkan rambut dengan biji betik~

-Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus.

- Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . 

-Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

Masker buah betik:-
-MembersihkaN Muka~

-Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.

-Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.

-Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.

-Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

Sumber: petua bonda

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive