PUTU PIRING MELETOPS RASANYA ...

PUTU PIRING
     Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi, yang berintikan gula Melaka. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. 
     Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda.  Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. 

PUTU PIRING

Bahan-bahan:-
400gm beras
135gm beras pulut
1/2 sk kunyit 
1 ct garam sedikit air 
150-180gm gula melaka (dihancurkan) 
1/2 biji kelapa parut putih digaul bersama sedikit garam

Acuan putu piring

kain putih (maslin) empat segi saiz 12cm 
daun pisang sebesar acuan (untuk melapik putu) 
pengukus

Caranya:
01.  Basuh beras dan beras pulut yang direndam semalaman bersama kunyit (untuk mewarnakannya).

02.  Kemudian ditoskan dan dicampurkan garam

03.  Kisar atau blend sehingga halus dan ayak.

04.  Campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi serbuk roti.

05.  Taburkan dengan sedikit campuran atas acuan dan isikan dengan hirisan gula merah/gula melaka

06.  Tutup dengan campuran beras tadi, rata dan kemaskan

07.  Sediakan sehelai kain dan terbalik acuan atasnyer supaya putu piring tertinggal di atas kain.

08.  Angkat dan isikan di atas pengukus

09.  Bila masak, gunakan kain untuk mengangkat putu.

10.  Letakkan kelapa parut dan terbalikkan ke atas sehelai daun pisang.

11.  Sedia disajikan.

ALAT PENGUKUS PUTU PIRING

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive