ALMOND LONDON... RESEPI MODEN ..MENJILAT JARI..

BISKUT ALMOND LONDON
     Sejenis lagi biskut yang sangat femes ketika hari raya menjelma.  Namanya yang vouge tu tak tahulah pula dari mana datangnya.  Tapi, biskut yang rapuh, disaluti pula dengan coklat dan taburan cincangan badam, membuatkan ia menjadi pilihan tak kira golongan usia. 
     Sedikit manis dan mewah dengan rasa coklatnya. Apabila disusun cantik kelihatan didalam bekas kuih.  Makan sekali pasti nak lagi...

ALMOND LONDON

Bahan biskut:-
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

Bahan hiasan:-
200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara-cara:-
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.

2.Masukkan serbuk badam.Kacau.

3.Masukkan tepung yang telah diayak tadi, gaul rata.

4.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.

5.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.

6.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.

7.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.

8.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.

9.Taburkan badam cincang di atasnya.

10.Biarkan ia kering dan mengeras .Siap dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive