BINGKA KELAPA SAWIT MABELES

BINGKA KELAPA SAWIT
    Buah kelapa sawit merupakan hasil utama pertanian Malaysia.  Minyaknya mengandungi bebagai vitamin yang baik untuk kesihatan tubuh manusia.  Kebanyakkan di usahakan oleh peneroka di felda, estate dan pekebun kecil.

   Bagi anak peneroka, tentu sahaja kuih ini sudah tidak asing lagi bagi mereka.  Rasanya yang lemak manis memikat selera.  Bau wangi sawit semerbak mengharum serumah ketika proses pembakaran. Hidangkan bersama secawan teh.. Pasti terasa keenakkannya..  Selamat mencuba..

BINGKA KELAPA SAWIT

Bahan-bahan:-
1 cawan gula
20 ulas biji kelapa sawit(rebus sampai empuk )
1 cawan air suam
2 cawan tepung gandum
450ml air( boleh ganti dengan santan cair jika suka)
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
bijan secukupnya

Cara-cara:-

01.  Ulas buah sawit yang telah di rebus empuk hendaklah di ramas dengan 1 cawan air suam.. Perah sabutnya ambil patinya sebanyak satu cawan.


02.  Lakukan ketika masih panas kerana bila dah sejuk minyak dan lemak pada sabut sawit akan membeku.

03.  Gaul semua bahan di atas kecuali bijan, tapis atau kisar adunan tadi. 


04.  Grease loyang dengan butter, tuang adunan ke dalam loyang. Bakar hingga masak.

BIJI BUAH KELAPA SAWIT

Sumber: Blogger

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.


Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq

( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive