KUIH KERIA KENTANG GEBU DAN MELETOPS...

KUIH KERIA KENTANG
     Kuih keria ataupun kekadang di panggil kuih tayar, merupakan sejenis kuih yang digemari masyarakat malaysia tidak mengira bangsa dan keturunan.  Bahan asas biasanya menggunakan keledek dan disira dengan gula. 

     Mari kita cuba resepi kuih keria yang telah diolah ini, dengan menukarkan keledek kepada kentang. Tentunya rasanya berlainan bukan.  Tetapi tidak salah mencuba.. Hidangkan bersama secawan nescafe, pasti bertambah selera..  Selamat mencuba...

KERIA KENTANG

Bahannya:
300gm kentang ~ direbus hingga lembut
1 cawan tepung gandum
1 sb margerin
1 sb gula pasir
1 st baking powder ~ x letak pun boleh
sedikit pewarna kuning

Caranya:
1. Lenyek halus kentang tu semasa masih panas. Masukkan sekali margerin, gula pasir dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.

2. Masukkan tepung dengan baking powder dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan. 

3. Jika masih lembik ( ikut jenis kentang), tambah sikit lagi tepung gandum.

4. Bentukkan seperti donat. Goreng hingga garing dan keemasan. 

5. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.


Bahan sira gula:
3 sb gula pasir
2 sb air

Caranya:
1. Gula + air dimasak hingga berbuih dan pekat.

2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering.

Sumber: Blogger


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive