BAWAL MASAM MANIS MABELES...

IKAN BAWAL MASAM MANIS / SWEET SOUR
Tentu ramai yang pernah menjamu selera bersama keluarga dengan dihidangkan lauk istimewa ini.  Ikan bawal masak masam manis.  Pada mulanya tentu ramai beranggapan susah nak menyediakan lauk ni.

Tetapi, mudah sahaja sebenarnya..  Hanya perlu mengoreng ikan, memasak sosnya dan tuang sahaja sos sesudah memasaknya diatas ikan.  Hidangkan bersama nasi panas.... Wow... selamat mencuba..

BAWAL MASAM MANIS / SWEET SOUR

Bahan-bahannya :
1 ekor bawal
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
Daun sup
Garam
Minyak

Bahan A:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 biji cili merah

Cara-caranya :
1. Goreng ikan bawal yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga garing. ketepikan.

2. Kisar bahan A, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan kicap, sos cili, bawang dan tomato.

3. Masukkan air ikut citarasa, biarkan mendidih.

4. Masukkn garam, biarkn seketika kemudian tutup api. Masukkan sedikit daun sup.

5. Tuangkan sos tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

6. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Blogger

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive