BISKUT KACANG MAZOLA.. RUGI ANDAI TAK CUBA...

BISKUT KACANG MAZOLA
     Kepada penggemar kacang tegar, mesti tahu tentang biskut femes sejak dulu lagi ni. Terasa kelemakkan kacang dan kewangian minyak jagung.  Biskut yang rapuh ni, nampak lebih menarik dengan glaze telur kuning keemasan dan hirisan kacang tanah.  
     Pilihan biskut untuk hari raya, letak di atas meja.. Pantang letak..  Memang lesap..  zaappp... Tak tertinggal sebiji pun.  Selamat mencuba semua...

BISKUT KACANG MAZOLA

Bahan-bahan:-
500 gram kacang tanah
500 gram tepung gandum
370ml minyak jagung Mazola
280 gram gula castor
2 sudu kecil baking powder

untuk glaze, satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning.

Cara-caranya:-
1. Kacang tanah disangan ( goreng tanpa minyak) , buang kulit dan blender hingga hancur.

2. Satukan gula castor, kacang tanah, baking powder dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal.

3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis. 

4. Akhir sekali glaze dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan. 

5.Bakar pada suhu 170 ke 180 darjah selama 20 minit atau sehingga permukaan biskut perang.

6. Sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang kedap udara, selamat mencuba.

Sumber: rosmarlina

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive