BISKUT RAYA LIDAH KUCING MEMIKAT KALBU..

LIDAH  KUCING 
Biskut berinovasi baru.  Teksturnya yang rapuh, manis dan berwarna warni trnyata memikat penggemar biskut.  Tidak syak lagi..Warna pelangi yang menyerlah. Membuatkan anda merasa puas setelah menyiapkannya sendiri. 
     Proses penyediaanya agak rumit.. tetapi hasilnya sangat memberangsangkan.  Terasa puas setelah menikmatinya.  Melihat sekeping demi sekeping biskut ini dimakan merupakan satu kepuasan bagi yang membuat biskut ini. 

LIDAH KUCING

Bahan-bahan:-
250 gm mentega 
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru 

Cara-cara:-
01.  Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

02.  Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan 

03.  Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim

04.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati

05.  Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata

06.  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.

07.  Letakkan pewarna untuk setiap bahagian

08.  Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan

09.  Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil

10.  Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi

11.  Bakar dalam oven pada suhu mengikut kesesuaian oven anda.

12.  Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah

13.  Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

DOH LIDAH KUCING
Sumber: Kak wan dan kak fatmah

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive