LEPAT LABU LEMAK MANIS YANG SEDAP..

LEPAT LABU LEMAK MANIS
     Lepat merupakan sejenis kuih tradisional yang dibuat dengan cara mengukus. Selain dari lepat pisang, lepat ubi, labu juga boleh dibuat sebagai lepat.  Yang uniknya.. rasanya agak berbeza dengan lepat yang lain. 
     Ini kerana isi labu itu sendiri yang sudah sedia lemak manis, digabungkan pula dengan isi kelapa parut, maka ianya menjadi bertamabh lemak.  Sesuai dihidangkan untuk sarapan bersama secawan kopi O...Selamat mencuba..
LEPAT LABU LEMAK MANIS

Bahan-bahan:-
1 biji labu saiz sedang
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
2 cawan tepung gandum
1/2 biji isi putih kelapa parut
Sedikit garam
Daun pisang yg di layukan

Cara-cara:-
01.  Kupas labu, potong dadu rebus bila dah empuk toskan airnya sejukan dan lecek hingga halus.

02.  Masukan tepung dan gula kacau sebati (tepung bergantung pada byknya isi labu jgn telebih nnt kuih keras pulak).

03.  Satukan kelapa dgn garam.

04.  Letakkan isi labu di tegah daun pisang dlm 1 1/2 sudu.

05.  Letak kelapa ditengah kemudian tutup semula dgn 1 sudu isi labu tadi.

06.   Lipat daun pisang dgn kemas.

07.  Kukus selama 15 -20 minit. Sejukan sebelum dihidangkan.

Sumber: Nshafeareen

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive