ROTI BOY GEBU GEBAS.. AWESOME..

ROTI BOY
       Roti boy merupakan produk bakery Malaysia yang berasal dari Penang.  Produk roti berciri khas ini merupakan roti berbentuk tempurung kelapa yang rapuh diluar dan berinti mentega serta kopi yang harum dan lazat.
       Roti ini enak dimakan begitu sahaj ketika ianya masih panas.  Mari mencuba resepi mudah seperti roti boy asal.  Pasti tidak menghampakan.  Selamat mencuba.

ROTI BOY (MEXICAN BUN)

Bahan inti:-
100 gram mentega  dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang

Bahan untuk Topping:-
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
100 gram tepung serbaguna, diayak

Bahan untuk Doh Manis 
500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
1 sudu teh) garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60 gram mentega, dilembutkan

NOTA:- -bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan. (17 biji)

Cara untuk Intinya :
01.  Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 

02.  Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. 

03.  Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. 

04.  Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


Cara untuk Topping : 
01. n Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. 

02.  Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. 

03.  Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. 
Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


Cara untuk Doh Manis : 
01.  Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 

02.  Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 

03.  Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 

04.  Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat.  

05.  Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.


Cara untuk membuat Roti Boy : 
01.  Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. 

02.  Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). 

03.  Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. 

04.  Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. 

05.  Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam.

06.  Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. 

07.  Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

Sumber:- Diana dan Nadz

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )


Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive