KERABU PUCUK UBI DAN TAUGEH .. BERKHASIAT DAN BERZAT..

KERABU PUCU DAUN UBI DAN TAUGEH
     Kerabu merupakan hidangan sayuran yang berasaskan sayuran dan kelapa juga rempah bearasa pedas, lemak dan masin.  Selain menggunakan buahan dan sayuran fresh, Boleh juga digunakan pucuk sayuran yang telah dicelur ataupun direbus.  
     Bagi menambahkan lagi rasa lemak dan gurih, boleh ditambah isi ikan ataupun ikan bilis. Kerabu jenis ini biasanya digunakan sebagai hidangan sampingan untuk nasi ambeng. Selamat mencuba..

KERABU PUCUK UBI 

Bahan-Bahan:-
2 ikat pucuk ubi kayu (dihiris halus, direbUs dan diperah airnya)
1 genggam taugeh  - celur 
1 cawan kelapa (diparut)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 biji limau nipis
3 sudu budu
gula dan garam secukup rasa
1 cawan isi ikan
2 biji cili api (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)

Cara-cara:-

1. Masukan semua bahan ke dalam bekas, isi ikan bawang merah, bawang putih, budu, gula, garam, cili api dan secawan kelapa parut, kacau rata. 

2. Masukan perahan limau nipis dan lada hitam.

3. Akhirnya masukan pucuk ubi kayu dan taugeh tadi dan kacau lagi.

4. Kalau nak tambah perasa pun boleh.


5. Setelah siap digaul, boleh dihidangkan bersama nasi putih dan lauk lain.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive