AYAM MASAK LEMON CHINESE STYLE |
Kuahnya sedikit pekat. Rasa ayam pula sangat sedapp kerana telah diperap sebelum dimasak. Selamat mencuba ea...
AYAM LEMON CHINESE STYLE
Bahan-bahan:-
2 dada ayam-bersihkan n keringkan
Bahan perap:-
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
sedikit pepper
1 biji telur
bahan salut:-campurkan
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs
Bahan sos:-
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya
Cara-cara:-
01. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
02. Salut dengan bahan salut n goreng hingga garing n kekuningan.
03. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.
04. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
05. Curah atas ayam tadi dan hidangkan.
sumber: buku resepi
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
BISKUT ALMOND LONDON |
Sedikit manis dan mewah dengan rasa coklatnya. Apabila disusun cantik kelihatan didalam bekas kuih. Makan sekali pasti nak lagi...
ALMOND LONDON
Bahan biskut:-
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama
Bahan hiasan:-
200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound
Cara-cara:-
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
2.Masukkan serbuk badam.Kacau.
3.Masukkan tepung yang telah diayak tadi, gaul rata.
4.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
5.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
6.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
7.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.
8.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
9.Taburkan badam cincang di atasnya.
10.Biarkan ia kering dan mengeras .Siap dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
KUIH VADEI |
Ianya enak dimakan ketika masih panas bersam secawan teh atau kopi sambil berehat di waktu minum petang. Selamat mencuba...
KUIH MASALA VADEI
Bahan-bahan:-
250 gm. kacang dal Austarlia kerana ia lebih lemak dan kurang bau.
- Basuh dan Rendam selama 4 jam atau lebih. Selepas tempoh rendam, kisar sedikit dan toskan dalam penapis.
Nota:
- Sebelum kisar keseluruhan kacang dal , ambi dua sudu besar dan simpan.
2 tangkai cili kering dihiris halus.
1 labu bawang sedang dipotong dadu halus atau boleh hiris halus.
1 sudu kecil biji jintan manis.
6-8 helai daun kari dicincang.
1/2 sudu kecil garam masala
1/2 inci halia dicincang halus.
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng.
Cara-cara:-
1. Masukkan kacang dal yang telah rendam itu dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran.
2. Biar hasil kisaran anda halus sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas penapis untuk tos airnya.
3. Bila hasil tos anda agak dintara kering dan basah, masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam masala, halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Gaul rata secara ambil setapak tangan hasil kisaran tepukan kepada hasil kisaran yang terdapat dalam bekas.
4. Ia sebenarnya cara masukkan udara dalam adunan bagi hasil vadei anda gebu dan lembut. Kalu anda buat tosei juga perlubuat cara ini dengan memukul tepung tosei itu. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata.
3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda. Anda juga boleh lakukan dengan daun pisang.
Nota:
- Kalau anda tidak berpengalaman atau mahir, gunakan sudip yang telah rendam minyak dalam kuali. Letakan sudip ditepi gerigi minyak tolak masuk adunan itu dalam minyak panas dengan bantuan sudip satu lagi atau sudu).
4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh menenggelami �vadei�. Minyak perlu cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana.
5. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak. Kalau api dapur atau minyak terlalu panas anda boleh kecil apa dapur untuk vadei masak sempurna.
6. Jangan goreng terlalu banyak kuantiti dalam kuali kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain.
7. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing.
8. Vadei yang masak biasanya akan terapung naik ke atas dan buih-buih semakin kurangan melalui vadei.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
KUZI AYAM |
Saffron ini sangat mahal oleh itu lama-kelaman resepi kuzi ini berubah berbagai-bagai versi. Mari kita cuba resepi yang lazat ini..
KUZI AYAM
Bahan untuk diperap:
1 ekor ayam, potong 12 bahagian
3 ulas bawang putih
sedikit garam
Bahan untuk digoreng:
250 ml minyak masak
15 ulas bawang merah, dihiris nipis
2 biji bawang besar, potong dadu
1/2 cawan kepingan gajus
1/2 cawan kismis
hati dan pedal ayam, potong kiub
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kuah:
5 ulas bawang merah, ditumbuk halus
4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
3 sudu besar rempah briyani, bancuh dengan air menjadi pes
125 ml air
3/4 tin susu cair
120 gram (1 tin kecil) tomato puri
2 batang serai, dititik
2 helai pandan, carik dan simpul
Cara Penyediaan:
01. Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
02. Beralih pula kepada bahan untuk digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan.
03. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula gajus cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat.
04. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak.
05. Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
06. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau.
07. Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
08. Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit.
09. Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat.
10. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
11. Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
BISKUT MAKMUR |
Biskut makmur ini asalnya dari negara Timur tengah. Dibawa pleh pengembara yang datang ke malaysia. Bagaimanapun, resepi asalnya telah diubah suai mengikut kesesuaian bahan yang terdapat dinegara kita.
Ianya diperbuat dari campuran tepung gandum, mentega @ minyak sapi, gula dan berintikan kacang tanah kisar. Setelah dibakar, disejukkan dan disaluti dengan gula aising. Eeerrmmm.. terbayang keenakan dan kelazatannya.. Selamat mencuba resepi ini..
BISKUT MAKMUR
Bahan untuk doh:
500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup
Bahan untuk inti:
200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak (kisarkan)
3/4 cawan gula icing
Bahan untuk salut:
Sedikit gula icing
Cara Penyediaan:
01. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing.
02. Gaul adunan sama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
03. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing.
04. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar.
05. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk bulat.
06. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius.
07. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
08. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
Tips:
- Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak.
- Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.
Sumber: Masakan kini
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
PARU GORENG BERLDA |
Paru merupakan organ dalaman yang seringkali menjadi pilihan untuk campuran masakan dan juga dimasak begitu sahaja untuk sambal dan bahan untuk steamboat. Paru jika tidak dibersihkan dan dimasak dengan cara yang betul ianya meninggalkan bau yang hamis dan parunya menjadi liat. Mari kita cuba resepi resepi masakan minang ni.. Paru goreng berlada. Pasti syioq...
PARU GORENG BERLADA
Bahan-bahan:
500g paru - rebus ngan sedikit garam dan halia.
2 inci kunyit hidup
3 sudu makan ketumbar
3 ulas bawang putih
garam
Bahan Sambal:
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 tangkai lada@cili merah - cincang
1 inci belacan
sedikit air asam jawa
gula melaka @ gula putih
garam
minyak secukupnyer
Cara Membuatnya:
01. Rebus paru hingga empuk. kemudian toskan. potong kecil2 & nipis. ketepikan.
02. Tumbuk ketumbar,kunyit hidup, bawang putih dan juga garam.
masukkan ke dalam paru tadi. gaul rata. dan biarkan sebentar sekurang2nya 30min.
03. Panaskan minyak, goreng paru hingga garing. angkat dan toskan.
Untuk memasak sambal paru:
01. Blend @ tumbuk cili kering, bwg merah dan juga bwg putih.
02. Panaskan minyak (bleh juga juga lebihan myk gorengan tadi), tumis bhn2 blend hingga pecah minyak/lada masak.
03. Masukkan lada cincang tadi. *kepedasan bergantung anda.
04. Masukkan juga belacan, air asam jawa, gula dan juga garam. tumis hingga agak kering.
05. Masukkan paru dan goreng lagi hingga garing.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
Bagaimana anda boleh berjumpa secara dekat dengan Hajah Sheila Rusly dan mengikuti secara dekat bagaimana rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan 2015 dijalankan, caranya mudah sahaja, anda perlu share artikel ini di wall facebook anda dan komen diblog ini " SAYA BERMINAT " dan follow Instagram Sheila Rusly serta LIKE page Resepi Sheila Rusly. Pemenang dipilih mengikut syarat-syarat diatas. So senang je kan?
Tujuan untuk memberi peluang kepada peminat sheila rusly berjumpa dengan lebih dekat dah dapat mengetahui aktiviti terbaru sheila rusly sekarang.
A photo posted by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on