Nasi Ayam Moana Krispi


Nasi Ayam Moana Krispi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN NASI AYAM :
3 cawan beras Basmathi
4 cawan air rebusan ayam
4 cm halia, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil MAGGI Chicken Stock
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar Marjerin
2 sudu besar minyak

PENYEDIAAN NASI AYAM :
  1. Panaskan minyak dan Marjerin.
  2. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. 
  3. Masukkan beras, kacau rata. 
  4. Alih ke dalam periuk nasi letrik.
  5. Tambah air rebusan ayam, garam, MAGGI Chicken Stock dan serbuk lada putih. 
  6. Masak seperti biasa.

BAHAN SUP AYAM :
2 cawan air rebusan ayam
1 bungkus Sup Bunjut
1 sudu besar MAGGI Chicken Stock
1/2 batang carrot, potong kasar
1/2 bungkus fish ball
2 sudu kecil garam

PENYEDIAAN SUP AYAM :
  1. Masak air rebusan ayam, sup bunjut dan carrot hingga mendidih.
  2. Keluarkan sup bunjut. Reneh sebentar.
  3. Masukkan fish ball, MAGGI Chicken Stock dan sedikit garam.
  4. Tambah bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang.
  5. Angkat dan isikan ke dalam mangkuk. 

BAHAN AYAM KRISPI :
2 keping paha ayam debone
2 sudu kecil MAGGI Chicken Stock
1 sudu kecil MAGGI Sos Tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam

Bahan Salutan :
1 biji telur - di pukul ringan
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan breadcrumbs

PENYEDIAAN AYAM GORENG KRISPI :
  1. Gaul ayam bersama MAGGI Chicken Stock, Sos Tiram, garam, serbuk lada hitam hingga rata.  
  2. Perap selama 1 jam di dalam peti sejuk.
  3. Salut ayam dengan tepung jagung hingga rata. 
  4. Kemudian celup kedalam telur.
  5. Akhir sekali salut dengan breadcrumbs hingga rata.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  7. Angkat dan toskan.
Hidangkan Nasi Ayam bersama Ayam goreng krispi, Sup Ayam, sambal cili dan kicap serta bahan sampingan lain.


Nasi Ayam Moana Krispi
Labels: ,

Braised Lamb Shank


Braised Lamb Shank
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
(untuk 2 Hidangan)

1-2 kg lamb shanks (betis kambing)
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil sebuk lada hitam kasar
2 sudu makan minyak zaitun
2 batang lobak merah, potong kasar
1 biji bawang besar, potong kasar
2 batang celery, potong kasar
8 ulas bawang putih, potong kasar 
2 sudu makan tomato puri
1 liter stock ayam
100 gm serbuk sos perang (demi glace powder)
3 tangkai rosemary
2 helai bay leaves
2 sudu besar bancuhan tepung jagung


Cara Penyediaan :
  1. Lumur lambshank dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan tepung gandum.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.  
  3. Lecurkan(Sear) lamb shanks, ke semua bahagian hingga keperangan.
  4. Keluarkan dari kuali, tinggalkan lebihan minyak untuk menumis.
  5. Dalam kuali yang sama, tumis lobak merah, bawang besar,celery dan bawang putih.
  6. Setelah perang, masukkan puri tomato, masak hingga naik bau.
  7. Bancuh serbuk demiglace dengan stock ayam, tuang ke dalam kuali.
  8. Masukkan rosemary dan bay leaves.kacau sehinnga mendidih.
  9. Alih ke dalam periuk tekanan bersama lambshank dan masak selama 20 minit.
  10. Keluarkan lambshank, letak dalam pinggan hidangan.  
  11. Tapis air rebusan dan lecek halus bahan2 tapisan.
  12. Masukkan kembali ke dalam periuk.
  13. Masak hingga mendidih, tambah garam, gula dan perasa secukupnya.
  14. Tuang larutan tepung jagung dan masak hingga kuah sedikit pekat.
  15. Tuang ke atas lambshank.
  16. Sesuai dengan hidangan roti, nasi berperisa atau kentang putar.

NOTA :
Jika menggunakan periuk biasa, masak atas api perlahan selama 2 1/2 jam hingga lambshank lembut.
ATAU Masak di dalam oven suhu 180C selama 2 1/2 jam.


Braised Lamb Shank
Labels: ,

Cream Cheese Pastry Puffs


Cream Cheese Pastry Puffs
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 keping puff pastry (10 inci)
1/4 cawan gula pasir

Filling Cheese
200 gm cream cheese, suhu ruang
3 sudu besar gula halus
1 kuning telur
1 sudu kecil vanilla

1 kuning telur + 1 sudu kecil air (untuk sapuan)
Potongan buah-buahan (Pic, Blueberry, Strawberry)


Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Potong bulat pastry puffs dengan penerap.
  3. Tekap bulatan di tengah pastry dengan gelas atau penerap.
  4. Cucuk dengan garpu di beberapa tempat.
  5. Sapu tepi nya dengan kuning telur.
  6. Tabur dengan gula pasir.
  7. Isikan bahagian tengah dengan cream cheese.
  8. Atur hirisan buah-buahan di atasnya.
  9. Bakar selama 20 minit atau hingga pastry kuning keemasan.
  10. Angkat dan tabur dengan gula aising jika suka.
  11. Buahan segar boleh di gantikan dengan filing jem buahan.

Cream Cheese Pastry Puffs
Labels:

Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos


Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
225g mentega tawar (1 cawan)
162 gm gula pasir (3/4 cawan + 1 sudu makan)
165 gm gula perang (3/4 cawan)
100 gm telur (2 biji)
1 1/4 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil jus lemon
281 gm tepung gandum (2 1/4 cawan)
47 gm rolled oats (1/2 cawan)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
453 gm chocolate chips (2 2/3 cawan)
198 gm Walnuts cincang (1 3/4 cawan)

Penyediaan :
  1. Krim kan mentega, gula dan gula perang selama 2 minit.
  2. Tambah telur, vanilla dan jus lemon.
  3. Putar hingga bergaul rata.
  4. Masukkan tepung, oats, baking soda, garam dan serbuk kayu manis.
  5. Putar perlahan jangan terlebih adun.
  6. Tambah chocolate chips dan walnuts.
  7. Scoop 1 sudu makan di atas baking paper.
  8. Jarak kan 2 inci untuk biskut mengembang.
  9. Oven 150 C selama 20 minit atau hingga tepi nya keperangan.
  10. Bahagian tengah biskut masih lembut.
  11. Angkat dan biarkan sejuk selama 1 jam.
  12. Simpan dalam bekas kedap udara.

NOTA :
Adunan biskut boleh di bekukan dan dan di bakar kemudian.

Bahan Sos Celupan (Dipping Sos)
100 gm chocolate susu atau coklat gelap, cincang kecil
50 ml non dairy whipping cream (double cream)
1 sudu besar golden syrup
20 gm mentega tawar

Penyediaan :
  1. Masukkan whipping cream dan coklat dalam bekas besi atau kaca.
  2. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
  3. Tutup api, letakkkan bekas berisi coklat tadi.
  4. Biar sebentar hingga coklat mencair.
  5. Tambah mentega dan golden syrup.
  6. Gaul rata hingga mentega cair dan sos licin berkilat.

Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos
Labels: ,

Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies


Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Filling Cream Cheese :
200 gm Cream Cheese (suhu ruang)
40 gm gula Caster
1 sudu teh tepung jagung

Cara-cara :
Mixer cream cheese dengan gula hingga sebati. 
Tambahkan tepung jagung, gaul rata. 
Masukkan dalam piping bag.
Picit atas diatas loyang, bekukan dalam frezer Sebelum digunakan.

Adunan Biskut Tiramisu :
125 gm Mentega atau Marjerin
100 gm gula perang
2 paket NESCAFE 3 in 1
1 biji telur
200 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
30 gm NESTUM, ramas halus
1/4 sudu teh baking soda
100 gm dark chocolate chips

Loyang alas baking paper

Cara-cara  :
  1. Putar mentega, gula dan Nescafe hingga sebati.
  2. Masuk kan telur dan putar hingga bergaul rata.
  3. Tambah tepung, Nestum, susu tepung dan baking soda. 
  4. Tambah chocolate chips, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  6. Ambil adunan 20 gm dan leperkan.
  7. Isi filling cream cheese di tengahnya dan bulatkan.
  8. Susun berjarak dalam loyang kerana adunan akan mengembang.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 10 - 15 minit.
  10. Biskut akan mengeras sendiri setelah sejuk.

Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies
Labels:

Pasta Cendawan Berkrim


Pasta Cendawan Berkrim
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
115 gm spaghetti
2 sudu besar bawang Holland cincang
3 sudu besar bawang putih cincang
2 sudu besar minyak Canola
100 gm cendawan butang, hiris
80 gm Bayam
1 sudu kecil parsley kering
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air rebusan pasta *
1 cawan susu cair

Penyediaan :
  1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam hingga lembut, toskan.
  2. Simpan 1 cawan air rebusan nya.
  3. Panaskan minyak canola, tumis bawang holland hingga layu.
  4. Masukkan bawang putih dan cendawan.
  5. Tumis hingga cendawan layu.
  6. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata.
  7. Tuang air rebusan pasta dan susu cair.
  8. Kacau rata, masak hingga mendidih.
  9. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan daun parsley.
  10. Masukkan bayam, gaul hingga bayam layu.
  11. Akhir sekali, masukkan spaghetti, gaul rata.
  12. Sedia di hidang.


Pasta Cendawan Berkrim
Labels: ,

Telur Kukus Cendawan


Telur Kukus Cendawan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 ekor udang
12 kepah
Cendawan Beech atau Enoki
Daun Bawang

Cara-cara :
  1. Cuci udang, buang kepala dan kulit, tinggalkan ekornya.
  2. Rebus kepala dan kulit udang. 
  3. Tpis airnya ke dalam periuk.
  4. Masuk Kepah, rebus hingga kulitnya terbuka.
  5. Keluarkan kepah dari periuk, masukkan ke dalam air sejuk.
  6. Keluarkan isi nya.
  7. Simpan air rebusan udang, keluarkan buih2 di atasnya.
  8. Biarkan sejuk.

Bancuhan Telur
5 biji telur
400 ml air rebusan udang *
1 sudu kecil Sos Perasa Tiram MAGGI
1/2 sudu kecil Stock Ayam MAGGI
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara-cara :
  1. Kocok telur dengan garpu.
  2. Masukkan air rebusan udang, Sos Tiram dan Stock Ayam MAGGI.
  3. Tapis ke dalam jug kecil.
  4. Letak isi kepah di dasar cawan.
  5. Tuang bancuhan telur hingga penuh, letak cendawan di atasnya.
  6. Kukus 20 minit dengan api kecil hingga telur sedikit mengeras.
  7. Selepas itu, letak udang di atasnya.
  8. Kukus sebentar hingga udang kemerahan.
  9. Angkat dan tabur dengan daun bawang.

Telur Kukus Cendawan
Labels:

Donut Sakura Buah Naga


Donut Sakura Buah Naga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil bread improver (pelembut roti)
60 gm buah naga, haluskan
30 ml air sejuk
1 sudu besar gula
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu kecil yis segera
1 sudu besar Marjerin SERI PELANGI

Cara-cara :
  1. Satukan tepung, susu tepung, yis dan gula, Gaul rata.
  2. Masukkan buah naga dan garam, gaul sebati.
  3. Tuang air, uli hingga menjadi segumpal doh.
  4. Masukkan marjerin dan uli beberapa kali hingga sebati.
  5. Tutup doh dengan plastik wrap dan rehatkan selama 15 minit.
  6. Taburi tepung di atas papan canai.
  7. Kempiskan adunan dan bulatkan kembali.
  8. Bahagi doh kepada bebola kecil 25 gm.
  9. Leperkan setiap doh, terap dengan acuan bunga.
  10. Lubangkan di tengahnya dengan straw atau nozzle.
  11. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 15 minit.
  12. Goreng dengan api kecil hingga masak.
  13. Apabila sejuk hias dengan gula aising.

Aising Hiasan :
1/2 cawan gula aising, ayak
1 1/2 sudu besar susu cair
pewarna kuning dan pink

Cara :
  1. Sebatikan gula dan susu, tidak terlalu pekat atau cair.
  2. Ambil sedikit beri warna kuning dan pink.
  3. Sapu pewarna kuning menggunakan brush di bahagian tengah donut.
  4. Sapu pewarna pink di pinggir donut.
  5. Biarkan sebentar hingga gula asing kering.

Donut Sakura Buah Naga
Labels: ,

Aiscream Nanas


Aiscream Nanas 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan isi nanas
1 sudu besar jus lemon
2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
1/2 cawan dairy whipping cream
1/4 cawan LACTEL Lemon Yogurt

Hiasan 
1/4 cawan nanas cincang
Daun Pudina

Cara-cara :
  1. Kisar isi nanas dan jus lemon hingga halus.  Ketepikan.
  2. Panaskan susu dan gula, kacau hingga gula larut.
  3. Tutup api, masukkan whipping cream dan LACTEL Lemon Yogurt.
  4. Tambah nanas kisar, sebatikan dan tapis.
  5. Masukkan ke dalam bekas bertutup.
  6. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
  7. Hidang dengan nanas cincang dan daun pudina.

Aiscream Nanas

Labels: ,

Donut Suji Sandwich


Donut Suji Sandwich
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan tepung High Protein
1 sudu besar tepung suji
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil bread improver (pelembut roti)
80 ml air sejuk
1 sudu besar gula
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu kecil yis segera
1 sudu besar Marjerin SERI PELANGI


Salutan :
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar bijan

Cara-cara :
  1. Satukan tepung, suji, susu tepung, yis dan gula, Gaul rata.
  2. Tuang air, uli hingga menjadi segumpal doh.
  3. Masukkan marjerin dan uli hingga elastik.
  4. Tutup doh dengan plastik wrap dan rehatkan selama 15 minit.
  5. Taburi tepung di atas papan canai.
  6. Kempiskan adunan dan bulatkan kembali.
  7. Bahagi kepada 85 gm doh setiap satu.
  8. Leperkan doh, lubangkan di tengahnya.
  9. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 15 minit.
  10. Sapu ringan permukaan donat dengan susu cair.
  11. Tabur bijan, tekan2 sedikit supaya melekat.
  12. Goreng dengan api kecil hingga keperangan.
  13. Apabila sejuk, belah dua dan sandwichkan dengan filing kegemaran.

Donut Suji Sandwich
Labels:

Tangerin Crinkle Cookies


Tangerin Crinkle Cookies
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm tepung gandum
50 gm kelapa kering
100 gm gula caster
5 gm baking powder
80 ml minyak jagung / mentega cair
2 biji telur A, kocok ringan
20 ml susu cair
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar jus Tangerin 
1 sudu besar orange emulco

Gula Caster dan Gula Icing untuk salutan
Cara-cara :
  1. Satukan tepung, kelapa, gula, baking power, gaul rata.
  2. Masukkan telur dan minyak, gaul hingga menjadi doh yang melekit.
  3. Sapu jari dengan minyak, ambil sedikit adunan dan gentel bulat.
  4. Letak gula caster dan gula icing ke dalam mangkuk berasingan.
  5. Gulingkan doh ke dalam gula caster, kemudian ke dalam gula icing.
  6. Susun di atas loyang yang di alas baking paper.
  7. Simpan dalam peti sejuk selama 30-45 min.
  8. Panaskan oven pada suhu 150�C.
  9. Bakar selama 15-20 minit.
  10. Bila biskut telah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

Tangerin Crinkle Cookies
Labels: ,

Nougat Butter Cookies


NOUGAT BUTTER COOKIES
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN ADUNAN MENTEGA
300 gm mentega tawar
120 gm gula caster
1 biji telur A
1/4 sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanilla 

PERISA VANILLA :
87 gm tepung gandum

PERISA STRAWBERRY :
80 gm tepung gandum
7 gm serbuk strawberry

PERISA MATCHA :
80 gm tepung gandum
5 gm serbuk teh hijau (matcha)

PERISA CHOCOLATE :
80 gm tepung gandum
7 gm serbuk koko
Cara-cara :
  1. Putar mentega dan gula hingga sebati.
  2. Tambah telur, garam dan esen vanilla.
  3. Gaul hingga menjadi adunan yang lembut.
  4. Bahagi adunan kepada 4 bahagian (115 gm setiap satu)
  5. Tambah adunan mentega kepada 4 perisa, plain vanilla, strawberry, matcha and chocolate.
  6. Masuk setiap adunan ke dalam piping bag.
  7. Pipe bentuk cincin dengan nozzle bintang 5cm.
  8. Letak Nougat di tengah.
  9. Bakar api bawah selama 15 minit pada suhu 150 Celsius.
  10. Alih ke rak atas dan bakar selama 5 minit lagi.

ALMOND NOUGAT :
100 gm kepingan Almond
70 mentega tawar
70 gm gula pasir
70 gm Madu

Cara-cara :
  1. Masak gula hingga menjadi karamel.
  2. Tambah mentega dan madu, kacau rata.
  3. Tambah kepingan Almond, gaul hingga bersalut rata.
  4. Sejukkan dahulu dan gentel bulat 3 gm setiap satu.

NOTA : 
Biskut ini melekat, guna silicon mat atau alas non stick baking paper.
Apabila biskut telah suam, guna spatula untuk mengeluarkan biskut.
Jangan biarkan biskut terlalu sejuk kerana mudah patah bila diangkat.

Nougat Butter Cookies
Labels: ,