Daging Masak Hitam Black Pepper



Mencari resipi yang lazat untuk memasak daging korban anda pada Hari Raya Haji kali ini? Cuba Daging Masak Hitam Black Pepper!

Hidangan ini dibuat menggunakan daging lembu yang dimasak di dalam kuah lada hitam bersama dengan bawang dan sayur-sayuran lain. Daging Masak Hitam Black Pepper adalah salah satu hidangan popular terutama semasa Hari Raya Haji.

Anda juga boleh cuba untuk masak Sup Ekor atau Rendang Daging bagi menghabiskan stok daging korban anda.

Bahan-bahan

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak dan goreng daging yang direbus dan dihiris nipis sehingga garing sedikit.
  2. Masukkan air rebusan daging bersama dengan SERI-AJI� Perencah Masak Lada Hitam ke dalam mangkuk, sebatikan dan tuangkan ke dalam periuk, dan biarkan ianya mendidih.
  3. Campurkan bawang kuning bersama lada benggala dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Masukkan daun bawang yang dipotong mengikut bentuk dadu dan hidangkan bersama nasi panas.

Ajinomoto Malaysia mempunyai banyak lagi resipi yang simple dan sedapuntuk anda cuba.

Asam Pedas Daging Tetel


Asam Pedas Daging Tetel
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan :
1/2 Kg Daging Tetel
1 batang Serai, di ketuk
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus daging
1/2 cawan Air Asam Jawa
2 sudu kecil gula
2 helai Daun Limau Purut
2 biji tomato, belah 4
1 batang carrot, potong kasar
2 biji ubi kentang, potong kasar
2 tangkai cili hijau, patahkan
1/4 cawan Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :
10 tangkai Cili Kering
3 tangkai Cili Merah
5 ulas Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
1/2 inci Kunyit 
1/2 inci Belacan
1/2 sudu kecil Lada Hitam
1/2 sudu kecil Jintan Manis, sangai
1/2 sudu kecil Jintan Putih, sangai


Penyediaan :
  1. Masukkan air, daging, serai dan garam ke dalam periuk.
  2. Rebus hingga daging lembut.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daun limau purut  daging dan air rebusannya.
  5. Masukkan carrot dan kentang.
  6. Reneh hingga sayuran lembut.
  7. Akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau.

Asam Pedas Daging Tetel





Braised Lamb Shank


Braised Lamb Shank
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
(untuk 2 Hidangan)

1-2 kg lamb shanks (betis kambing)
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil sebuk lada hitam kasar
2 sudu makan minyak zaitun
2 batang lobak merah, potong kasar
1 biji bawang besar, potong kasar
2 batang celery, potong kasar
8 ulas bawang putih, potong kasar 
2 sudu makan tomato puri
1 liter stock ayam
100 gm serbuk sos perang (demi glace powder)
3 tangkai rosemary
2 helai bay leaves
2 sudu besar bancuhan tepung jagung


Cara Penyediaan :
  1. Lumur lambshank dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan tepung gandum.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.  
  3. Lecurkan(Sear) lamb shanks, ke semua bahagian hingga keperangan.
  4. Keluarkan dari kuali, tinggalkan lebihan minyak untuk menumis.
  5. Dalam kuali yang sama, tumis lobak merah, bawang besar,celery dan bawang putih.
  6. Setelah perang, masukkan puri tomato, masak hingga naik bau.
  7. Bancuh serbuk demiglace dengan stock ayam, tuang ke dalam kuali.
  8. Masukkan rosemary dan bay leaves.kacau sehinnga mendidih.
  9. Alih ke dalam periuk tekanan bersama lambshank dan masak selama 20 minit.
  10. Keluarkan lambshank, letak dalam pinggan hidangan.  
  11. Tapis air rebusan dan lecek halus bahan2 tapisan.
  12. Masukkan kembali ke dalam periuk.
  13. Masak hingga mendidih, tambah garam, gula dan perasa secukupnya.
  14. Tuang larutan tepung jagung dan masak hingga kuah sedikit pekat.
  15. Tuang ke atas lambshank.
  16. Sesuai dengan hidangan roti, nasi berperisa atau kentang putar.

NOTA :
Jika menggunakan periuk biasa, masak atas api perlahan selama 2 1/2 jam hingga lambshank lembut.
ATAU Masak di dalam oven suhu 180C selama 2 1/2 jam.


Braised Lamb Shank

Daging Hitam Buah Kurma


Daging Masak Hitam Buah Kurma

By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan
700 gram daging bahagian peha - potong nipis - bilas dan toskan

Bahan A -  Perap
2 labu bawang merah besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 batang serai - hiris
7 biji buah kurma, buang biji
3 sudu besar kismis
3 sudu besar cranberi / prune
4 sudu besar kerisik
4 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin atau garam
3 sudu besar tomato puri atau tomato sos
1 cawan susu cair

Kisar semua bahan-bahan di atas hingga halus.
Gaul bersama daging.
Perap semalaman di dalam peti sejuk.

Bahan B - Tumis
3 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
7 biji bawang merah - hiris nipis
3 sudu besar cili kering kisar jika suka pedas

Cara-cara :
  1. Panaskan  minyak sapi dan tumis bawang merah hingga garing.
  2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga.
  3. Tumis hingga wangi.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan yang diperap dan air secukupnya.
  6. Masak dengan api sederhana sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
  7. Hidang bersama nasi putih atau nasi minyak.

Daging Hitam Buah Kurma