Biskut Gulungan Kurma


Biskut  Gulungan Kurma
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm mentega
50 gm gula kaster
2  kuning telur
250 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
25 gm susu tepung

Jem Kurma
200 gm kurma, cincang halus
1/4 sudu teh serbuk kayu manis - optional
50 ml susu cair
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega

Penyediaan 
  1. Cincang kurma hingga halus.
  2. Masukkan gula, mentega, serbuk kayu manis dan susu cair.
  3. Kacau hingga bergumpal dan tidak melekat di kuali.
  4. Sejukkan dahulu dan gentel bujur (4gm)
  5. Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.
  6. Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati.
  7. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  8. Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
  9. Canai dan terap menggunakan penerap bulat.
  10. Leperkan sedikit supaya senang di lipat.
  11. Mmasukkan inti kurma di tengahnya dan lipat hujung pastri hingga bertemu di tengah.
  12. Untuk hiasan, sepit mengikut paten yang di sukai.
  13. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
Biskut Gulungan Kurma

Biskut Bangkit Sagu


Biskut Bangkit Sagu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan bahan
250 gm Tepung Sagu
100 ml Santan Kotak
1 biji Kuning Telur
75 gm Gula Aising
1/4 sudu teh Garam
2 helai Daun Pandan, potong pendek

Penyediaan :
  1. Sangai tanpa minyak tepung dan daun pandan hingga kering.
  2. Tapis dan biar betul betul sejuk.
  3. Putar gula dan kuning telur hingga kembang dan putih.
  4. Masukkan setengah santan dan putar sebati.
  5. Masukkan tepung dan uli hingga berderai.
  6. Masukkan baki santan sedikit-sedikit dan uli hingga doh boleh di kepal.
  7. Tekan ke dalam acuan bangkit yang di tabur sedikit tepung.
  8. Keluarkan dari acuan dan susun di atas dulang pembakar.
  9. Oven pada suhu 150C selama 25 - 30 minit.
  10. Simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Bangkit Sagu

Biskut Suji Salju


Biskut Suji Salju
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A

150 gm minyak sapi
100 gm mentega
100 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur

Bahan B
100 gm cornflakes, kisar halus
100 gm tepung jagung
50 gm tepung suji (semolina)
280 gm gandum

Susu tepung secukupnya untuk saduran

Cara-cara :
  1. Putar bahan A hingga sebati.
  2. Masukkan bahan B dan gaul hingga rata.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
  4. Ambil sedikit doh dan bentuk kan seperti bulan sabit.
  5. Bakar di di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170c selama 15-20 minit.
  6. Bila biskut telah suam, salutkan dengan susu tepung.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Suji Salju

Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos


Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
225g mentega tawar (1 cawan)
162 gm gula pasir (3/4 cawan + 1 sudu makan)
165 gm gula perang (3/4 cawan)
100 gm telur (2 biji)
1 1/4 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil jus lemon
281 gm tepung gandum (2 1/4 cawan)
47 gm rolled oats (1/2 cawan)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
453 gm chocolate chips (2 2/3 cawan)
198 gm Walnuts cincang (1 3/4 cawan)

Penyediaan :
  1. Krim kan mentega, gula dan gula perang selama 2 minit.
  2. Tambah telur, vanilla dan jus lemon.
  3. Putar hingga bergaul rata.
  4. Masukkan tepung, oats, baking soda, garam dan serbuk kayu manis.
  5. Putar perlahan jangan terlebih adun.
  6. Tambah chocolate chips dan walnuts.
  7. Scoop 1 sudu makan di atas baking paper.
  8. Jarak kan 2 inci untuk biskut mengembang.
  9. Oven 150 C selama 20 minit atau hingga tepi nya keperangan.
  10. Bahagian tengah biskut masih lembut.
  11. Angkat dan biarkan sejuk selama 1 jam.
  12. Simpan dalam bekas kedap udara.

NOTA :
Adunan biskut boleh di bekukan dan dan di bakar kemudian.

Bahan Sos Celupan (Dipping Sos)
100 gm chocolate susu atau coklat gelap, cincang kecil
50 ml non dairy whipping cream (double cream)
1 sudu besar golden syrup
20 gm mentega tawar

Penyediaan :
  1. Masukkan whipping cream dan coklat dalam bekas besi atau kaca.
  2. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
  3. Tutup api, letakkkan bekas berisi coklat tadi.
  4. Biar sebentar hingga coklat mencair.
  5. Tambah mentega dan golden syrup.
  6. Gaul rata hingga mentega cair dan sos licin berkilat.

Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos

Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies


Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Filling Cream Cheese :
200 gm Cream Cheese (suhu ruang)
40 gm gula Caster
1 sudu teh tepung jagung

Cara-cara :
Mixer cream cheese dengan gula hingga sebati. 
Tambahkan tepung jagung, gaul rata. 
Masukkan dalam piping bag.
Picit atas diatas loyang, bekukan dalam frezer Sebelum digunakan.

Adunan Biskut Tiramisu :
125 gm Mentega atau Marjerin
100 gm gula perang
2 paket NESCAFE 3 in 1
1 biji telur
200 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
30 gm NESTUM, ramas halus
1/4 sudu teh baking soda
100 gm dark chocolate chips

Loyang alas baking paper

Cara-cara  :
  1. Putar mentega, gula dan Nescafe hingga sebati.
  2. Masuk kan telur dan putar hingga bergaul rata.
  3. Tambah tepung, Nestum, susu tepung dan baking soda. 
  4. Tambah chocolate chips, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  6. Ambil adunan 20 gm dan leperkan.
  7. Isi filling cream cheese di tengahnya dan bulatkan.
  8. Susun berjarak dalam loyang kerana adunan akan mengembang.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 10 - 15 minit.
  10. Biskut akan mengeras sendiri setelah sejuk.

Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies

Tangerin Crinkle Cookies


Tangerin Crinkle Cookies
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm tepung gandum
50 gm kelapa kering
100 gm gula caster
5 gm baking powder
80 ml minyak jagung / mentega cair
2 biji telur A, kocok ringan
20 ml susu cair
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar jus Tangerin 
1 sudu besar orange emulco

Gula Caster dan Gula Icing untuk salutan
Cara-cara :
  1. Satukan tepung, kelapa, gula, baking power, gaul rata.
  2. Masukkan telur dan minyak, gaul hingga menjadi doh yang melekit.
  3. Sapu jari dengan minyak, ambil sedikit adunan dan gentel bulat.
  4. Letak gula caster dan gula icing ke dalam mangkuk berasingan.
  5. Gulingkan doh ke dalam gula caster, kemudian ke dalam gula icing.
  6. Susun di atas loyang yang di alas baking paper.
  7. Simpan dalam peti sejuk selama 30-45 min.
  8. Panaskan oven pada suhu 150�C.
  9. Bakar selama 15-20 minit.
  10. Bila biskut telah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

Tangerin Crinkle Cookies

Nougat Butter Cookies


NOUGAT BUTTER COOKIES
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN ADUNAN MENTEGA
300 gm mentega tawar
120 gm gula caster
1 biji telur A
1/4 sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanilla 

PERISA VANILLA :
87 gm tepung gandum

PERISA STRAWBERRY :
80 gm tepung gandum
7 gm serbuk strawberry

PERISA MATCHA :
80 gm tepung gandum
5 gm serbuk teh hijau (matcha)

PERISA CHOCOLATE :
80 gm tepung gandum
7 gm serbuk koko
Cara-cara :
  1. Putar mentega dan gula hingga sebati.
  2. Tambah telur, garam dan esen vanilla.
  3. Gaul hingga menjadi adunan yang lembut.
  4. Bahagi adunan kepada 4 bahagian (115 gm setiap satu)
  5. Tambah adunan mentega kepada 4 perisa, plain vanilla, strawberry, matcha and chocolate.
  6. Masuk setiap adunan ke dalam piping bag.
  7. Pipe bentuk cincin dengan nozzle bintang 5cm.
  8. Letak Nougat di tengah.
  9. Bakar api bawah selama 15 minit pada suhu 150 Celsius.
  10. Alih ke rak atas dan bakar selama 5 minit lagi.

ALMOND NOUGAT :
100 gm kepingan Almond
70 mentega tawar
70 gm gula pasir
70 gm Madu

Cara-cara :
  1. Masak gula hingga menjadi karamel.
  2. Tambah mentega dan madu, kacau rata.
  3. Tambah kepingan Almond, gaul hingga bersalut rata.
  4. Sejukkan dahulu dan gentel bulat 3 gm setiap satu.

NOTA : 
Biskut ini melekat, guna silicon mat atau alas non stick baking paper.
Apabila biskut telah suam, guna spatula untuk mengeluarkan biskut.
Jangan biarkan biskut terlalu sejuk kerana mudah patah bila diangkat.

Nougat Butter Cookies

BISKUT RAYA 1 : OREO ALMOND SQUARE COOKIES

rsz_oasc
Assalammualaikum, salam semua. Tahun ni che mat lewat sikit bikin biskut raya dan entri yang anda nampak ini, biskut pertama yang che mat baru sempat buat. Memandangkan Bak che mat tidak sihat, segala aktiviti kena disederhanakan. Mula2 malas juga nak masukkan entri biskut ni, tapi ada permintaan di FB agar che mat kongsikan resipi di blog. Biskut yang che mat bikin cuma diubah suai dari resipi2 biskut yang lepas. Alhamdulillah menjadi dan sedap. Biskut ini jenis rangup dan bukan rapuh dan reput bila pegang. Disebabkan stok badam ada lebih, che mat tonggokkan sebiji badam untuk sekeping biskut. Badam tu digoreng terlebih dahulu tapi anda boleh juga bakar dalam oven. Satu yang senang, anda tak perlukan apa2 cetakan, hanya perlu pembaris dan pisau pemotong pizza (pisau biasa pun boleh) untuk mendapatkan bentuk 4 persegi tepat. Adunan ini akan menghasilkan kurang lebih 200 biji biskut, bergantung pada saiz. Resipi seperti berikut...

BAHAN - BAHANNYA :-)
250 gram mentega (che mat guna golden churn)
140 gram gula aising, diayak
350 gram tepung gandum*
150 gram tepung jagung*
1 camca teh rata baking powder*
1/2 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan dan diayak)
70 gram nestum origanal, diramas
70 gram biskut oreo yang telah dibuang krim, dikisar halus
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
Coklat putih secukupnya
Badam biji secukupnya (kurang lebih 200 biji), dibakar dalam oven atau digoreng sekejap, toskan
Serbuk biskut oreo untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga bersatu. Tambah esen vanila dan putar rata. Sementara itu, satukan biskut oreo yang dikisar halus dan nestum ke dalam tepung yang telah diayak. Gaul rata.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, dan masukkan tepung + biskut oreo kisar + nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga rata. Kemudian gaul dengan spatula agar adunan rata. Adunan lembut sedikit, jangan tambah tepung, biarkan 10 minit.
  3. Panaskan oven pada suhu 175C. Adunan dibahagi kepada 3 bahagian. Ambil 1 bahagian, canai doh di antara 2 lapisan plastik bersih hingga mendapat ketebalan 1/2 cm. Menggunakan pembaris bersih, potong doh tadi menjadi kepingan biskut bersaiz 1 inci x 1 inci. Buat hingga siap dan alihkan ke dalam dulang pembakar.
  4. Bakar selamat 25 minit atau hingga biskut masak dan perang dibahagian bawahnya. Biarkan biskut sejuk dalam dulang pembakar. Sementara itu cairkan coklat putih, sudukan 1/2 camca teh atas setiap kepingan biskut. Taburkan dengan sedikit serbuk biskut oreo dan taruk sebiji badan atasnya. Biarkan coklat mengeras dan boleh simpan biskut dalam bekas kedap udara.