Puding Raja


Puding Raja
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 sikat Pisang Lemak Manis separuh masak
1 sudu besar Minyak Sapi
Minyak untuk menggoreng

Kuah Kastard :

1 tin susu Sejat 
200 ml air
3 kuning telur
60 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung kastard + 2 sudu besar air (larutkan)
sehelai daun pandan

Bahan Hiasan :
Gajus
Buah Prune di potong kecil
2 urat Jala Mas (diceraikan)
Ceri Merah dan Hijau

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, masukkan minyak sapi.
  2. Goreng pisang hingga keperangan.
  3. Toskan di atas tissu dapur.
  4. Kemudian goreng gajus hingga keperangan dan toskan.
Kuah Puding :
  1. Satukan semua bahan kecuali daun pandan.
  2. Whisk hingga gula larut.
  3. Tapiskan ke dalam periuk, masukkan daun pandan.
  4. Masak di atas api kecil hingga agak pekat. Keluarkan daun pandan.
  5. Susun pisang berlapis di dalam bekas.
  6. Taburkan sedikit jala mas, gajus, ceri merah dan hijau.
  7. Tuangkan kuah kastard di atasnya.

Resipi Jala Mas
10 biji Kuning Telur
2 helai Daun Pandan
1 cawan Gula Pasir
2 cawan Air

Cara-cara :

  1. Masak air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
  2. Kocok kuning telur hingga hancur dan tapis.
  3. Masuk kan ke dalam acuan roti jala muncung satu.
  4. Picit dan liraikan bancuhan telur di atas air gula.
  5. Lipat jala mas dan toskan lebihan air gula.
Puding Raja

Candy Kelapa


Candy Kelapa
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm kelapa parut putih
500 ml susu pekat manis 
350 gm gula pasir
2 sudu makan Minyak Sapi
Pewarna yang di sukai

Peralatan :  Loyang  atau coklat mould

Cara-cara :
  1. Masukkan Kelapa, Gula, dan Susu Pekat Manis dalam kuali tebal.
  2. Gaul rata dan kacau hingga mendidih.
  3. Tambahkan minyak sapi dan vanilla,  gaul rata.
  4. Apabila hampir kering, tambahkan pewarna yang di sukai.
  5. Masak atas api perlahan hingga adunan betul-betul kering dan tidak melekat di kuali.
  6. Biarkan adunan suam sedikit dan tekan ke dalam acuan hingga padat.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
Candy Kelapa

Bubur Boba Tea dan Longan


Bubur Boba Tea dan Longan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan :
1 cawan Boba Tea, boleh di beli di pasaraya 
5 cawan air, untuk merebus
Buah Longan Secukupnya

Sirap Teh Gula Melaka :
3 cawan air
1 cawan gula melaka racik
1 uncang Teh
1 helai daun pandan

Penyediaan :
  1. Sediakan Sirap Teh, masak air hingga mendidih.
  2. Masukkan uncang teh, rebus hingga keluar warna teh.
  3. Masukkan daun pandan dan gula melaka, masak hingga gula larut.
  4. Angkat dan tapis.  Bahagikan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian sirap untuk di gaul dengan Boba Tea.
  6. Satu bahagian sirap di jadikan sirap tambahan.
  7. Sementara itu panaskan air hingga mendidih.
  8. Masukkan Boba Tea dan rebus hingga menjadi jernih.
  9. Toskan dan siram di bawah air mengalir.
  10. Gaul dengan setengah Sirap Teh Gula Melaka hingga rata.
  11. Sendukkan ke dalam mangkuk hidangan.
  12. Tambahkan Longan jika suka.
  13. Tuangkan Sos Santan dan Sirap, sedia dinikmati bubur berperisa teh.

Sos Santan Berkrim :
1 1/2 cawan santan pekat atau santan kotak
1/2 cawan susu sejat
1/2 sudu teh garam
2 sudu kecil tepung jagung, larutkan dengan sedikit air

Penyediaan Sos Santan Berkrim :
Masak santan dan susu cair di atas api yang kecil sehingga mendidih.
Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
Tuang bancuhan tepung jagung dan kacau hingga kuah hampir pekat.
Masukkan garam secukup rasa.
Bubur Boba Tea dan Longan



Bubur Bebola Labu


Bubur Bebola Labu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan :
250 gm Labu
3 cawan Tepung Pulut
3 sudu Tepung Gandum
1/4 sudu teh Garam

Kuah Santan :
1 cawan Santan Pekat atau Santan Kotak
2 1/2 cawan Air
1/2 sudu kecil Garam
1 helai daun pandan, simpul

1/4 cawan sagu - di rebus hingga jernih
Tos dan alirkan di bawah air paip hingga keluar kanjinya.


Penyediaan :
  1. Labu di rebus dan di lecek hingga halus.
  2. Gaul bersama tepung pulut, tepung gandum dan garam.
  3. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari.
  4. Gentel doh menjadi bebola bulat atau bujur.
  5. Masak air dan daun pandan hingga mendidih.
  6. Rebus bebola labu hingga terapung.
  7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  8. Kemudian toskan.
  9. Satukan bahan Kuah Santan, masak hingga mendidih.
  10. Masukkan bebola labu, gaul rata.
  11. Hidang dengan sagu dan tuang sirap gula melaka sesuai kemanisannya.

Sirap Gula Melaka :
1 cawan air
200 gm gula melaka
1 helai daun pandan, simpul

Masak hingga gula larut dan tapis.

Bubur Bebola Labu

Nangka Pulut Hitam


Nangka Pulut Hitam
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1/2 cawan pulut putih
1/2 cawan pulut hitam
1 cawan santan sederhana cair
3 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
8 ulas nangka (keluarkan bijinya)

Penyediaan :
  1. Cuci dan rendam kedua beras pulut selama 2 jam. Toskan.
  2. Masuk ke dalam periuk bersama santan dan garam.
  3. Masak dengan api perlahan hingga kering.
  4. Gaulkan dengan gula ketika panas.
  5. Setelah suam, isikan ke dalam nangka.
  6. Hidang bersama sos santan.

Sos Santan
500 ml santan sederhana pekat
1 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara :
Satukan semua bahan, masak hingga pekat.
Tuang ke atas pulut nangka.


Nangka Pulut Hitam

Raindrop Jelly Cake


Raindrop Jelly Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :

6 gm Serbuk Konyaku Jelly atau Nutrijell 
100 gm Gula Pasir
1/2 sudu teh perisa Lychee
900 ml Air 

Sirap gula melaka secukupnya
Serbuk kacang soya - Kinako Powder (boleh beli di bakery)

Penyediaan :
Satukan serbuk jelly dan air, kacau hingga larut.
Masak hingga mendidih.
Masukkan gula dan perisa, masak hingga gula larut.
Tapis ke dalam jug kecil.
Biar seketika hingga wapnya berkurang.
Tuang ke dalam acuan yang di sukai.
Simpan di dalam peti sejuk hingga dingin.
Hidang dengan serbuk kacang soya dan sirap gula melaka.


Nota : Boleh gantikan air dengan air kelapa.
 
Raindrop Jelly Cake

Puding Roti Bandung


Puding Roti Bandung
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Bahan :
6 keping Roti
200 ml Air (1 cawan)
1000 ml Susu cair (4 cawan)
120 ml Susu Pekat (1/2 cawan)
secubit garam
14 gr Serbuk Agar agar
1 sudu kecil Vanilla esen
2 sudu kecil Sirap Rose
3 sudu besar Mentega / Marjerin

Loyang 8 inci, basahkan

Penyediaan :
  1. Buang tepi roti, ambil bahagian putih sahaja.
  2. Potong kecil dan masukkan ke dalam pengisar bersama air dan setengah susu cair.
  3. Biarkan seketika hingga roti lembut. Kisar hingga halus.
  4. Tuang ke dalam periuk, masukkan baki susu cair, serbuk agar-agar, garam dan susu pekat.
  5. Kacau hingga larut dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  6. Tutup api, masukkan esen vanila dan mentega, kacau hingga sebati.
  7. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian adunan asal.
  8. Satu bahagian di campur Sirap Rose, sebatikan.
  9. Tuang 3 senduk kecil adunan sirap rose di dasar loyang.
  10. Di ikuti 3 senduk kecil adunan asal.
  11. Ulangi berselang seli hingga habis.
  12. Simpan di dalam peti sejuk hingga mengeras.
  13. Keluarkan dari acuan dan potong.

Puding Roti Bandung

Durian Cream Brulee


Durian Cream Brulee 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
50 gm isi durian, haluskan
300 ml susu sejat
2 sudu besar krimer manis 
125 ml whipping cream
2 biji telur 
3 kuning telur

4 mangkuk ramekin
1/4 cawan gula pasir untuk taburan

Penyediaan :
  1. Satukan isi durian, whipping cream, susu sejat dan krimer manis.
  2. Gunakan whisk tangan dan kacau di atas api perlahan hingga susu suam.
  3. Alihkan dari api.
  4. Kocok telur dan kuning telur, tuang sedikit susu suam dan kacau sebati.
  5. Kemudian tuang kembali campuran tadi ke dalam periuk berisi susu.
  6. Sebatikan dan panaskan semula dengan api perlahan.
  7. Sentiasa kacau hingga adunan sedikit pekat.
  8. Tuang 3/4 penuh ke dalam mangkuk ramekin.
  9. Letak mangkuk ke dalam bekas berisi air panas.
  10. Oven secara water bath pada suhu 170C selama 30-35 minit.
  11. Apabila sejuk, tabur gula pasir di atasnya.
  12. Oven pada suhu 200C di rak atas, api atas hingga gula menjadi karamel.
  13. Sedia di hidangkan bersama sos kastard.

Bahan Sos Kastard
1/2 tin susu sejat 
1 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil tepung kastard
1/2 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam

Satukan semua bahan sos, tapis dalam periuk
Masak dengan api perlahan hingga sos hampir pekat.
Hidang bersama Durian Cream Brulee.


Durian Cream Brulee