Tangerin Crinkle Cookies


Tangerin Crinkle Cookies
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm tepung gandum
50 gm kelapa kering
100 gm gula caster
5 gm baking powder
80 ml minyak jagung / mentega cair
2 biji telur A, kocok ringan
20 ml susu cair
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar jus Tangerin 
1 sudu besar orange emulco

Gula Caster dan Gula Icing untuk salutan
Cara-cara :
  1. Satukan tepung, kelapa, gula, baking power, gaul rata.
  2. Masukkan telur dan minyak, gaul hingga menjadi doh yang melekit.
  3. Sapu jari dengan minyak, ambil sedikit adunan dan gentel bulat.
  4. Letak gula caster dan gula icing ke dalam mangkuk berasingan.
  5. Gulingkan doh ke dalam gula caster, kemudian ke dalam gula icing.
  6. Susun di atas loyang yang di alas baking paper.
  7. Simpan dalam peti sejuk selama 30-45 min.
  8. Panaskan oven pada suhu 150�C.
  9. Bakar selama 15-20 minit.
  10. Bila biskut telah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

Tangerin Crinkle Cookies

Nougat Butter Cookies


NOUGAT BUTTER COOKIES
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN ADUNAN MENTEGA
300 gm mentega tawar
120 gm gula caster
1 biji telur A
1/4 sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanilla 

PERISA VANILLA :
87 gm tepung gandum

PERISA STRAWBERRY :
80 gm tepung gandum
7 gm serbuk strawberry

PERISA MATCHA :
80 gm tepung gandum
5 gm serbuk teh hijau (matcha)

PERISA CHOCOLATE :
80 gm tepung gandum
7 gm serbuk koko
Cara-cara :
  1. Putar mentega dan gula hingga sebati.
  2. Tambah telur, garam dan esen vanilla.
  3. Gaul hingga menjadi adunan yang lembut.
  4. Bahagi adunan kepada 4 bahagian (115 gm setiap satu)
  5. Tambah adunan mentega kepada 4 perisa, plain vanilla, strawberry, matcha and chocolate.
  6. Masuk setiap adunan ke dalam piping bag.
  7. Pipe bentuk cincin dengan nozzle bintang 5cm.
  8. Letak Nougat di tengah.
  9. Bakar api bawah selama 15 minit pada suhu 150 Celsius.
  10. Alih ke rak atas dan bakar selama 5 minit lagi.

ALMOND NOUGAT :
100 gm kepingan Almond
70 mentega tawar
70 gm gula pasir
70 gm Madu

Cara-cara :
  1. Masak gula hingga menjadi karamel.
  2. Tambah mentega dan madu, kacau rata.
  3. Tambah kepingan Almond, gaul hingga bersalut rata.
  4. Sejukkan dahulu dan gentel bulat 3 gm setiap satu.

NOTA : 
Biskut ini melekat, guna silicon mat atau alas non stick baking paper.
Apabila biskut telah suam, guna spatula untuk mengeluarkan biskut.
Jangan biarkan biskut terlalu sejuk kerana mudah patah bila diangkat.

Nougat Butter Cookies