NASI BRIYANI TELUR


NASI BRIYANI TELUR
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
8 biji Telur rebus
1 sudu kecil serbuk Cili
1/2 sudu kecil serbuk Kunyit
3 sudu makan Minyak Sapi
1/2 bungkus Pes Perencah Briyani MAGGI
4 biji Pelaga
6 biji Cengkih
2 bunga Lawang
1 biji Bawang Besar, hiris 
3 ulas Bawang Putih, hiris
2  biji Tomato, cincang
2  tangkai Cili Hijau, patahkan
3 cawan Air
1/2 cawan Susu Sejat
3 cawan Beras Basmati, rendam 20 minit
1 sudu kecil Saffron, rendam dengan sedikit susu
1/2 cawan Daun Pudina
1 cawan Bawang Goreng

PENYEDIAAN :
1.  Cucuk telur dengan garpu di beberapa tempat.
2.  Panaskan minyak sapi, tumis bawang, pelaga, cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
3.  Masukkan tomato, cili hijau dan Pes Perencah Briyani MAGGI.
4.  Gaul rata dan masukkan telur rebus, serbuk cili dan serbuk kunyit.
5.  Alihkan ke periuk nasi letrik, masukkan beras, briyani telur, air dan susu sejat.
6.  Masak hingga nasi mengering dan titiskan saffron.
7.  Tabur dengan daun pudina dan bawang goreng.
8.  Biarkan seketika, kemudian gemburkan nasi hingga sekata.




NASI BRIYANI TELUR

Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi


Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
500 gm telur ikan mayong
1 biji limau nipis
1 kotak santan (200 ml)
1/2 cawan air
3 ulas bawang merah
2 cm kunyit segar
1 keping asam gelugor
1 batang serai - diketuk
5 tangkai cili api - ditumbuk lumat
1 sudu teh garam


Cara-caranya :
  1. Perap telur ikan selama 30 minit dengan perahan jus limau untuk hilangkan bau hanyir.
  2. Kemudian bilas sebelum di celur.
  3. Didihkan air dan celur telur ikan sebentar. Angkat dan toskan.
  4. Tumbuk bawang, kunyit dan cili padi hingga lumat.
  5. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, santan dan air.
  6. Tambahkan asam gelugor, garam dan perasa secukupnya.
  7. Masak hingga mendidih.
  8. Masukkan telur ikan, masak sebentar dan tutup api.
  9. Biarkan telur ikan masak dengan haba dalam periuk.

TIPS :  Jangan masak telur ikan terlalu lama atau kerap mengacaunya kerana ia mudah hancur.


Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi

Telur Kukus Cendawan


Telur Kukus Cendawan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 ekor udang
12 kepah
Cendawan Beech atau Enoki
Daun Bawang

Cara-cara :
  1. Cuci udang, buang kepala dan kulit, tinggalkan ekornya.
  2. Rebus kepala dan kulit udang. 
  3. Tpis airnya ke dalam periuk.
  4. Masuk Kepah, rebus hingga kulitnya terbuka.
  5. Keluarkan kepah dari periuk, masukkan ke dalam air sejuk.
  6. Keluarkan isi nya.
  7. Simpan air rebusan udang, keluarkan buih2 di atasnya.
  8. Biarkan sejuk.

Bancuhan Telur
5 biji telur
400 ml air rebusan udang *
1 sudu kecil Sos Perasa Tiram MAGGI
1/2 sudu kecil Stock Ayam MAGGI
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara-cara :
  1. Kocok telur dengan garpu.
  2. Masukkan air rebusan udang, Sos Tiram dan Stock Ayam MAGGI.
  3. Tapis ke dalam jug kecil.
  4. Letak isi kepah di dasar cawan.
  5. Tuang bancuhan telur hingga penuh, letak cendawan di atasnya.
  6. Kukus 20 minit dengan api kecil hingga telur sedikit mengeras.
  7. Selepas itu, letak udang di atasnya.
  8. Kukus sebentar hingga udang kemerahan.
  9. Angkat dan tabur dengan daun bawang.

Telur Kukus Cendawan

Telur Dadar Bersarang


Telur Dadar Bersarang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
2 biji telur
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar air
1/4 sudu teh garam

Kuali Lebar
2 cawan minyak
Acuan Roti Jala

Penyediaan :
  1. Pecahkan telur, kocok ringan.
  2. Larutkan tepung jagung dan air.
  3. Masuk ke dalam telur dan tambah garam.
  4. Kocok hingga sebati dan tapis ke dalam acuan roti jala.
  5. Panaskan minyak dalam kuali lebar.
  6. Bila minyak betul2 panas, kirai bancuhan telur.
  7. Angkat tinggi kedudukan botol, kirai bermula dari tepi kuali hingga ke tengah.
  8. Goreng hingga bahagian tepi telur keperangan.
  9. Baru terbalik kan dan biar sedikit garing.
  10. Kemudian lipat 2 atau 4, goreng hingga garing.
  11. Angkat dan toskan minyak.
  12. Enak di makan panas-panas, garing dan rangup.

Telur Dadar Bersarang

Telur Purba Emas Oats


Telur Purba Emas Oats
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
3 keping Burger Ayam
3 biji telur rebus - Grade E
1/2 cawan rolled oats
1 biji telur, pukul ringan

Menghasilkan 3 biji

Cara-cara :
  1. Biarkan burger lembut, ramas hingga bergumpal.
  2. Leperkan dan isi sebiji telur, tutup dan bulatkan.
  3. Celup ke dalam telur dan gulingkan di atas rolled oats.
  4. Panaskan minyak, goreng terendam hingga keemasan.
  5. Hidang dengan sos kegemaran.

Telur Purba Emas Oats