Puding Peach


Puding Peach
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Puding Susu
400 ml susu cair
5 gm serbuk agar-agar
70 gm gula pasir
1 tin besar Peach dalam tin

Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, serbuk agar-agar dan gula.
  2. Kacau rata dan masak hingga mendidih,
  3. Angkat dan kacau hingga wap hilang.
  4. Tuang agar-agar separuh gelas kedudukan sendeng.
  5. Dinginkan, apabila beku, dirikan gelas,
  6. Letak hirisan peach di atasnya,
  7. Ketepikan dan masak puding peach.

Bahan Puding Peach
450 ml susu cair
6 gm serbuk agar-agar
40 gm gula pasir
80 gm peach

Cara-cara :
  1. Kisar peach hingga halus, ketepikan.
  2. Masak susu, agar-agar dan gula hingga mendidih.
  3. Tuang jus peach, kacau dan angkat.
  4. Tuang ke atas puding susu.
  5. Apabila beku, hias dengan hirisan peach.

Puding Peach
Labels: , ,

Lempeng Nasi Oats


Lempeng Nasi Oats
By Kak Wan

Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
1/4 cawan rolled oats
3 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar daun bawang cincang
2 sudu besar carrot cincang

Taburan :
1/2 cawan rolled oats

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
  2. Panaskan non stick pan kecil, letak 1 sudu kecil minyak.
  3. Masukkan 2 sudu besar adunan dan ratakan.
  4. Tabur sedikit oats di atasnya.
  5. Masak dengan api sederhana dan tutup kuali dengan penutup.
  6. Setelah atasnya mengering, angkat.
  7. Hidang dengan sos kegemaran.

Lempeng Nasi Oats


Labels: ,

Telur Purba Emas Oats


Telur Purba Emas Oats
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
3 keping Burger Ayam
3 biji telur rebus - Grade E
1/2 cawan rolled oats
1 biji telur, pukul ringan

Menghasilkan 3 biji

Cara-cara :
  1. Biarkan burger lembut, ramas hingga bergumpal.
  2. Leperkan dan isi sebiji telur, tutup dan bulatkan.
  3. Celup ke dalam telur dan gulingkan di atas rolled oats.
  4. Panaskan minyak, goreng terendam hingga keemasan.
  5. Hidang dengan sos kegemaran.

Telur Purba Emas Oats
Labels:

Kuih Lapis


Kuih Lapis
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula halus
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu kecil garam
Pewarna dan perisa yang disukai

Loyang 7 in - oleh minyak dan alas plastik tahan panas

Cara-cara :
  1. Masak santan dan air hingga naik wap.
  2. Satukan semua tepung, garam dan gula.
  3. Tuangkan santan tadi dan whisk hingga rata.
  4. Tapis dan bahagikan kepada 3 mangkuk.
  5. 1 mangkuk tanpa warna. 1 merah dan 1 hijau.
  6. Panaskan pengukus, tuang 120ml adunan merah.
  7. Kukus selama 5 minit.
  8. Tuang 120ml adunan putih, kukus 5 minit.
  9. Ulangi lapisan hijau dan seterusnya hingga habis.
  10. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil.
  11. Kukus 15-20 minit dengan api sedang.
  12. Angkat, biarkan sejuk sebelum di potong dengan pisau plastik.

Kuih Lapis
Labels: ,