Puding Cendol Nangka Gula Melaka


Pudding Cendol Nangka Gula Melaka
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Agar-agar Santan
150 ml santan kotak
200 ml air
5 gm serbuk agar-agar
1 cawan cendol
1 cawan nangka cincang
70 gm gula pasir

Penyediaan :
Satukan santan, air, serbuk agar-agar dan gula.
Masak hingga mendidih.
Masukkan nangka dan aduk-aduk hingga wap berkurang.
Masukkan cendol, kacau perlahan dan tuang ke dalam acuan puding 6 inci.
Biarkan lapisan beku baru di tuang lapisan agar-agar gula melaka.

Agar-agar Gula Melaka
350 ml air
150 gula melaka, racik halus
5 gm serbuk agar-agar

Penyediaan :
Satukan semua bahan agar-agar gula melaka.
Masak hingga mendidih dan tuang ke atas lapisan agar-agar santan.
Simpan di dalam peti sejuk hingga beku.


Puding Cendol Nangka Gula Melaka

Agar-Agar Lapis Pelangi


Agar-agar Lapis Pelangi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A (Agar Jernih)
25 gm serbuk agar-agar
1500 ml air
250 gm gula
1 helai daun pandan

Bahan B (Agar Santan)
25 gm serbuk agar-agar
1500 ml air
250 gm gula
100 gm serbuk santan (2 pkt 50gm) 
1 helai daun pandan

Pewarna unggu, biru, hijau, kuning (atau yg disukai)

Loyang 8" atau 9" (basahkan dahulu)

Cara-cara :
1.  Masak bahan A hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
2.  Masak bahan B hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
3.  Tuang 350ml agar-agar santan ke dalam loyang hingga hampir beku.
4.  Kemudian tuang 350ml agar-agar jernih tambahkan pewarna unggu dan tuang ke atas agar-agar tadi.
5.  Ulangi langkah No. 3 dan No. 4 berselang seli agar-agar santan dan agar-agar berwarna jernih.

*** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah.  cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.

Agar-agar Lapis Pelangi

Agar-Agar Kering Candy


Agar-Agar Kering Candy
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
20 gm agar-agar tali atau serbuk agar-agar 
500 gm gula pasir
75 gula batu, hancurkan
600 ml air

Pewarna dan Perisa yang di sukai

Cara-cara :
  1. Agar-agar tali di potong pendek.
  2. Cuci dan rendam selama 2 jam atau lebih. Toskan
  3. Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan agar-agar.
  4. Kacau hingga agar-agar larut.
  5. Masukkan gula batu dahulu, setelah larut, masukkan gula pasir.
  6. Masak hingga semuanya larut.
  7. Masuk pewarna dan perisa yang di sukai.
  8. Tuang ke dalam bekas atau acuan hingga beku.
  9. Potong mengikut saiz yang sesuai.
  10. Jemur di bawah matahari atau menggunakan Food Dryer (Dehydrator)
  11. Keringkan hingga bergula di permukaannya.
  12. Simpan dalam bekas kedap udara.
  13. Tahan sehingga 3 bulan.

Nota : Agar-agar lambat larut jika di masukkan gula dahulu.

Agar-Agar Kering Candy

Puding Peach


Puding Peach
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Puding Susu
400 ml susu cair
5 gm serbuk agar-agar
70 gm gula pasir
1 tin besar Peach dalam tin

Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, serbuk agar-agar dan gula.
  2. Kacau rata dan masak hingga mendidih,
  3. Angkat dan kacau hingga wap hilang.
  4. Tuang agar-agar separuh gelas kedudukan sendeng.
  5. Dinginkan, apabila beku, dirikan gelas,
  6. Letak hirisan peach di atasnya,
  7. Ketepikan dan masak puding peach.

Bahan Puding Peach
450 ml susu cair
6 gm serbuk agar-agar
40 gm gula pasir
80 gm peach

Cara-cara :
  1. Kisar peach hingga halus, ketepikan.
  2. Masak susu, agar-agar dan gula hingga mendidih.
  3. Tuang jus peach, kacau dan angkat.
  4. Tuang ke atas puding susu.
  5. Apabila beku, hias dengan hirisan peach.

Puding Peach