Puding Roti Bandung


Puding Roti Bandung
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Bahan :
6 keping Roti
200 ml Air (1 cawan)
1000 ml Susu cair (4 cawan)
120 ml Susu Pekat (1/2 cawan)
secubit garam
14 gr Serbuk Agar agar
1 sudu kecil Vanilla esen
2 sudu kecil Sirap Rose
3 sudu besar Mentega / Marjerin

Loyang 8 inci, basahkan

Penyediaan :
  1. Buang tepi roti, ambil bahagian putih sahaja.
  2. Potong kecil dan masukkan ke dalam pengisar bersama air dan setengah susu cair.
  3. Biarkan seketika hingga roti lembut. Kisar hingga halus.
  4. Tuang ke dalam periuk, masukkan baki susu cair, serbuk agar-agar, garam dan susu pekat.
  5. Kacau hingga larut dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  6. Tutup api, masukkan esen vanila dan mentega, kacau hingga sebati.
  7. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian adunan asal.
  8. Satu bahagian di campur Sirap Rose, sebatikan.
  9. Tuang 3 senduk kecil adunan sirap rose di dasar loyang.
  10. Di ikuti 3 senduk kecil adunan asal.
  11. Ulangi berselang seli hingga habis.
  12. Simpan di dalam peti sejuk hingga mengeras.
  13. Keluarkan dari acuan dan potong.

Puding Roti Bandung

Chocolate Lava Puding Airfryer


Chocolate Lava Puding Airfryer
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
130 ml UHT Whipping Cream
110 gm Chocolate Hitam cair
50 gm Chocolate Hazelnut paste
2 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Serbuk Koko
2 sudu besar Susu pekat manis

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan dan whisk hingga sebati.
  2. Tuang ke dalam bekas tahan panas.
  3. Isikan air panas di dalam bekas Airfyer.
  4. Letak bekas puding di dalamnya.
  5. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan hias dengan whipping cream dan buahan yang di sukai.
  7. Boleh terus di hidang atau di dinginkan dalam peti sejuk.

Chocolate Lava Puding Airfryer

Puding Cendol Nangka Gula Melaka


Pudding Cendol Nangka Gula Melaka
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Agar-agar Santan
150 ml santan kotak
200 ml air
5 gm serbuk agar-agar
1 cawan cendol
1 cawan nangka cincang
70 gm gula pasir

Penyediaan :
Satukan santan, air, serbuk agar-agar dan gula.
Masak hingga mendidih.
Masukkan nangka dan aduk-aduk hingga wap berkurang.
Masukkan cendol, kacau perlahan dan tuang ke dalam acuan puding 6 inci.
Biarkan lapisan beku baru di tuang lapisan agar-agar gula melaka.

Agar-agar Gula Melaka
350 ml air
150 gula melaka, racik halus
5 gm serbuk agar-agar

Penyediaan :
Satukan semua bahan agar-agar gula melaka.
Masak hingga mendidih dan tuang ke atas lapisan agar-agar santan.
Simpan di dalam peti sejuk hingga beku.


Puding Cendol Nangka Gula Melaka

Puding Sagu Bersos Kastard Yogurt


Puding Sagu Bunga Telang Bersos Kastard Yogurt
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
1 cawan sagu kecil 
1 cawan jus bunga telang
3 sudu besar gula
1/4 cawan LACTEL Vanilla Yogurt
1 putih telur, putar kental

Cara-cara :
  1. Siram sagu dengan air, toskan.
  2. Gaul bersama gula dan jus Telang.
  3. Kukus selama 20 minit hingga sagu jernih.
  4. Angkat dan gaul dengan LACTEL Vanilla Yogurt dan putih telur.
  5. Masukkan 3/4 penuh ke dalam gelas dessert.

Bahan Sos Kastard Yogurt
1 cawan susu cair
1/4 cawan LACTEL Vanilla Yogurt
3 sudu besar susu pekat
2 sudu kecil tepung kastard
1 sudu besar tepung beras
1/4 sudu kecil garam

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan sos dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api perlahan hingga sos hampir pekat.
  3. Tuang ke atas sagu.

Puding Sagu Bersos Kastard Yogurt



Puding Karamel Aiscream


Puding Karamel Aiscream 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
150 ml Aiscream Vanilla
1 sudu kecil Nescafe
2 sudu besar Milo
100 ml Whipping Cream (Dairy)
50 ml Jus Oren
100 ml air panas
3 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

Karamel :
3/4 cawan gula pasir

Ramekin atau acuan kecil
Loyang berisi air panas
Cara-cara :
  1. Masak gula dengan api perlahan hingga cair dan menjadi karamel.
  2. Tuang secukupnya ke dasar acuan. Biarkan keras.
  3. Sediakan adunan puding.
  4. Bancuh Milo dan Nescafe dengan air panas. Ketepikan.
  5. Whisk telur dan kuning telur hingga sebati.
  6. Masukkan Jus Oren, esen vanila, whiping cream, bancuhan Nescafe dan Milo.
  7. Kacau sebati dan tapis ke dalam jug.
  8. Tuang penuh bancuhan puding ke dalam acuan yang berisi karamel.
  9. Atur di atas loyang yang di isi air panas.
  10. Bakar pada suhu 160C secara water bath selama 30 - 40 minit hingga permukaan atas puding set.
  11. Apabila sejuk, longgarkan tepinya dengan pisau palet dan telengkupkan ke atas pinggan.

Puding Karamel Aiscream

Puding Buah Naga


Puding Buah Naga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm buah Naga
250 ml air
200 ml santan kotak
80 gm gula pasir
3 sudu kecil serbuk agar-agar 
40 gm tepung Hoen Kwee
1/8 sudu teh garam halus

Hiasan : Pisang Berangan potong bulat jika suka
Acuan 6 in - basahkan dahulu 


Penyediaan :
  1. Kisar buah naga dengan air hingga hancur,
  2. Satukan bersama bahan2 lain dan kacau rata.
  3. Masak dengan api perlahan hingga meletup-letup dan pekat .
  4. Tuang 1/3 adunan ke dalam acuan.
  5. Simpan dalam peti sejuk hingga beku.
  6. Atur hirisan pisang di keliling acuan dan tuang baki adunan.
  7. Simpan semula di dalam peti sejuk hingga beku.

 Puding Buah Naga

Puding Pai Apple Delima


Puding Pai Apple Delima
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Kulit Pai
250 gm tepung gandum (2 cawan)
50 gm gula (1/4 cawan)
1/2 sudu kecil garam
120 gm marjerin atau mentega (1/2 cawan) 
30 ml air sejuk dari peti ais (2 sudu besar)

Acuan pai 9 in
2 biji apple, hiris nipis, gaul dengan perahan jus lemon
1 /2 biji buah delima untuk hiasan

Puding Santan
250 ml air (1 cawan)
200 ml santan kotak (1 cawan)
60 gm gula (1/4 cawan)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk agar-agar
3 sudu kecil tepung Hoen Kwee
1 sudu besar air

Toping Agar-agar Delima
250 ml jus delima atau lain2 jus buah 
1 sudu kecil serbuk agar-agar

Penyediaan Kulit Pai :
  1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung, gula dan garam.
  2. Tambah marjerin dan air sejuk.
  3. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. 
  4. Bungkus dengan foil plastic.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  6. Canai doh dan tekan padat ke dalam dan tepi acuan pai.
  7. Cucuk dasarnya dengan garpu.
  8. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit.
  9. Sejuk dahulu sebelum di isi dengan puding.

Penyediaan Puding Santan :
  1. Satukan air, serbuk agar-agar dan gula.
  2. Masak hingga mendidih dan masuk kan santan dan garam.
  3. Larutkan tepung Hoen Kwee dengan air.
  4. Tuang ke dalam agar2 dan masak hingga larutan hampir memekat.
  5. Angkat dan kacau hingga wapnya hilang.
  6. Tuang ke dalam kulit pai dan simpan dalam peti sejuk hingga beku.

Penyediaan Toping Agar-Agar Delima :
  1. Satukan jus delima dan agar-agar.
  2. Masak hingga mendidih.
  3. Kacau hingga wapnya hilang, tuang ke atas lapisan puding.
  4. Simpan semula di dalam peti sejuk hingga beku.
  5. Hias dengan hirisan apple dan biji delima.

Puding Pai Apple Delima

Puding Peach


Puding Peach
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Puding Susu
400 ml susu cair
5 gm serbuk agar-agar
70 gm gula pasir
1 tin besar Peach dalam tin

Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, serbuk agar-agar dan gula.
  2. Kacau rata dan masak hingga mendidih,
  3. Angkat dan kacau hingga wap hilang.
  4. Tuang agar-agar separuh gelas kedudukan sendeng.
  5. Dinginkan, apabila beku, dirikan gelas,
  6. Letak hirisan peach di atasnya,
  7. Ketepikan dan masak puding peach.

Bahan Puding Peach
450 ml susu cair
6 gm serbuk agar-agar
40 gm gula pasir
80 gm peach

Cara-cara :
  1. Kisar peach hingga halus, ketepikan.
  2. Masak susu, agar-agar dan gula hingga mendidih.
  3. Tuang jus peach, kacau dan angkat.
  4. Tuang ke atas puding susu.
  5. Apabila beku, hias dengan hirisan peach.

Puding Peach