Kuih Lapis
Kuih Lapis
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan :
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula halus
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu kecil garam
Pewarna dan perisa yang disukai
Loyang 7 in - oleh minyak dan alas plastik tahan panas
Cara-cara :
- Masak santan dan air hingga naik wap.
- Satukan semua tepung, garam dan gula.
- Tuangkan santan tadi dan whisk hingga rata.
- Tapis dan bahagikan kepada 3 mangkuk.
- 1 mangkuk tanpa warna. 1 merah dan 1 hijau.
- Panaskan pengukus, tuang 120ml adunan merah.
- Kukus selama 5 minit.
- Tuang 120ml adunan putih, kukus 5 minit.
- Ulangi lapisan hijau dan seterusnya hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil.
- Kukus 15-20 minit dengan api sedang.
- Angkat, biarkan sejuk sebelum di potong dengan pisau plastik.
Kuih Lapis
No comments:
Post a Comment