Otak Otak Sardin Kukus
Otak-Otak Sardin Kukus
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1 tin sardin
4 sudu besar kelapa parut
2 biji telur, kocok ringan
100 ml santan pekat
3 helai daun limau purut, hiris halus
1 helai daun kunyit, hiris halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
3 biji limau kasturi, ambil jus
?3 sudu besar minyak masak?
Bahan Kisar
3 batang serai, ambil bahagian putih
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit segar
2 tangkai cili merah
2 sudu besar cili kering kisar
Penyediaan :
- Ketepikan sos tomato.
- Ambil 3 keping sardin dan lecek hingga halus.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan isi ikan, kelapa parut, daun limau dan jus limau.
- Perasakan dengan gula dan garam. Gaul rata.
- Alih ke dalam bekas, sebatikan dengan santan dan telur.
- Tuang adunan ke dalam bekas tahan panas.
- Letak atas nya dengan kepingan ikan sardin.
- Tabur dengan hirisan daun kunyit.
- Kukus selama 15 minit hingga masak.
Otak Otak Sardin Kukus
No comments:
Post a Comment