Ayam Kari Kapitan


Ayam Kari Kapitan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm ayam, potong sedang
1 cawan pati santan
1/2 cawan air
1 biji tomato, belah 6
1 sudu besar jus limau nipis
4 helai daun limau purut, ramas
1 helai daun pandan, simpul
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan minyak masak Harvist


Bahan Kisar
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 tangkai cili merah
4 sudu besar cili kisar
2 batang serai, ambil bahagian putih

Penyediaan :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, daun limau dan daun pandan.
  3. Gaul dan masak hingga ayam berubah warna.
  4. Tambah santan dan air, reneh hingga kuah hampir pekat.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau.
  6. Masukkan tomato, masak sebentar dan angkat.

Ayam Kari Kapitan

Labels:

No comments:

Post a Comment