Nasi Goreng Kari Hijau Bersantan


Nasi Goreng Kari Hijau Bersantan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
3 cawan nasi sejuk
1 cawan potongan isi ayam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan daun ketumbar
1 tangkai cili hijau
2 tangkai cili padi hijau
1 cawan daun basil
2 sudu besar santan AKASA
1/4 cawan petai hiris
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 cawan minyak masak

Penyediaan :
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, daun ketumbar, cili dan cili padi hingga halus.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan santan, masak hingga ayam berubah warna.
  4. Masuk petai dan goreng sebentar.
  5. Masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Tambah garam, serbuk pati ayam dan serbuk lada putih.
  7. Akhir sekali, masukkan daun basil, goreng sebentar dan angkat.

Nasi Goreng Kari Hijau Bersantan



Labels: ,

No comments:

Post a Comment