Ikan Stim Tociau


Ikan Stim Tociau
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor Bawal Emas
Potong ikan 2 cm tebal, jangan putus

PES HUMAN TOCIAU
4 sudu besar cili merah cincang
2 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu besar halia cincang
1 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu besar Sinchuan Cili Bean
4 tangkai cili padi - jika suka pedas

Bahan Minyak Wangi

1 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang, hiris
1 bawang besar, hiris
1/4 cawan minyak

Penyediaan :
  1. Panaskan , tumis bay leaf, bunga lawang, bawang hiris dan kayu manis.
  2. Apabila naik bau, keluarkan bahan2 tumis, tinggalkan minyak sahaja
  3. Masukkan bahan PES TOCIAU dan tumis hingga naik bau
  4. Panaskan pengukus, selitkan potongan carrot dan halia pada ikan.
  5. Letak Pes  Tociau dan kukus sebentar selama 6-7 minit.
  6. Hias cili hiris.

Ikan Stim Tociau

Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi


Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
500 gm telur ikan mayong
1 biji limau nipis
1 kotak santan (200 ml)
1/2 cawan air
3 ulas bawang merah
2 cm kunyit segar
1 keping asam gelugor
1 batang serai - diketuk
5 tangkai cili api - ditumbuk lumat
1 sudu teh garam


Cara-caranya :
  1. Perap telur ikan selama 30 minit dengan perahan jus limau untuk hilangkan bau hanyir.
  2. Kemudian bilas sebelum di celur.
  3. Didihkan air dan celur telur ikan sebentar. Angkat dan toskan.
  4. Tumbuk bawang, kunyit dan cili padi hingga lumat.
  5. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, santan dan air.
  6. Tambahkan asam gelugor, garam dan perasa secukupnya.
  7. Masak hingga mendidih.
  8. Masukkan telur ikan, masak sebentar dan tutup api.
  9. Biarkan telur ikan masak dengan haba dalam periuk.

TIPS :  Jangan masak telur ikan terlalu lama atau kerap mengacaunya kerana ia mudah hancur.


Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi

Singgang Ikan Thai


Singgang  Ikan Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 keping kepala ikan di belah dua
3 ulas bawang merah di ketuk
2 ulas bawang putih di ketuk
1/2 inci lengkuas di ketuk
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai di ketuk
6 tangkai cili padi di ketuk
1 biji tomato, belah enam
4 helai daun limau purut, ramas
1 tangkai daun ketumbar, di potong
2 1/2 cawan air
1 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Penyediaan :
Didihkan air bersama bawang, lengkuas, daun limau, cili padi, serai dan serbuk kunyit.
Masukkan ikan, perasakan dengan sos ikan, jus limau, gula dan garam.
Akhir sekali masuk kan hirisan tomato dan tabur daun ketumbar.


Singgang Ikan Thai

Siakap Asam Manis Hawflakes


Siakap Asam Manis Hawflakes
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ikan Siakap atau kerapu, buang sirip
1 sudu kecil perahan jus limau nipis
1/2 sudu kecil garam

Bancuhan tepung (tidak terlalu pekat atau cair)

1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 cawan air atau secukupnya

Daun ketumbar dan daun bawang untuk hiasan

Penyediaan :
  1. Ikan di kelar dan lumur dengan perahan jus limau dan garam, perap sebentar.
  2. Celup dalam bancuhan tepung hingga rata.
  3. Goreng terendam hingga betul2 garing.
  4. Toskan, letak dalam pinggang hidangan
  5. Tuang sos Asam Manis dan tabur dengan daun bawang, cili dan daun ketumbar.

Sos Asam Manis Hawflakes
6 keping asam Hawflakes, patahkan
1/2 labu bawang Holland, potong 
6 batang daun bawang, potong
1/2 inci halia, hiris
1 biji tomato, belah 6
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 cawan air
1 sudu besar udang kering (rendam dan toskan)
1 sudu besar cuka
2 sudu kecil garam

Bancuhan tepung jagung
2 sudu kecil tepung jagung larutkan dengan sedikit air

Penyediaan :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, halia, daun bawang dan tomato hingga layu.
  2. Masukkan sos tomato, sos cili, hawflakes dan air.
  3. Biar mendidih, kemudian keluarkan semua bahan tumis tinggalkan sos sahaja.
  4. Reneh semula sos, masukkan udang kering.
  5. Masak hingga udang lembut, tambah gula, garam dan cuka secukupnya.
  6. Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung. (tidak terlalu pekat atau cair)
  7. Curahkan ke atas ikan.

Siakap Asam Manis Hawflakes

Salmon Panggang Ringkas


Salmon Panggang Ringkas
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 keping filet Salmon
1 sudu besar bijan
2 helai daun limau purut, hiris halus
1/2 sudu kecil cili flakes

Salad Panggang
Asparagus
Labu, potong dadu
Cherry Tomato
Brocolli, potong

Cara-cara :
  1. Satukan bijan, hirisan daun limau dan cili flakes.
  2. Salut pada bahagian isi Salmon.
  3. Panaskan pan dengan sedikit minyak.
  4. Panggang pada bahagian berkulit dahulu.
  5. Bila garing baru terbalik sebelah isi nya.
  6. Masak sebentar saja.
  7. Tabur sayuran dengan sedikit garam.
  8. Renjis sedikit minyak zaitun atau canola.
  9. Panggang sebentar dalam pan.
  10. Hidang dengan Salmon.
Salmon Panggang Ringkas

Otak Otak Sardin Kukus


Otak-Otak Sardin Kukus
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 tin sardin
4 sudu besar kelapa parut
2 biji telur, kocok ringan
100 ml santan pekat
3 helai daun limau purut, hiris halus
1 helai daun kunyit, hiris halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
3 biji limau kasturi, ambil jus
?3 sudu besar minyak masak?

Bahan Kisar
3 batang serai, ambil bahagian putih
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit segar
2 tangkai cili merah
2 sudu besar cili kering kisar

Penyediaan :
  1. Ketepikan sos tomato.
  2. Ambil 3 keping sardin dan lecek hingga halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ikan, kelapa parut, daun limau dan jus limau.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.  Gaul rata.
  6. Alih ke dalam bekas, sebatikan dengan santan dan telur.
  7. Tuang adunan ke dalam bekas tahan panas.
  8. Letak atas nya dengan kepingan ikan sardin.
  9. Tabur dengan hirisan daun kunyit.
  10. Kukus selama 15 minit hingga masak.

Otak Otak Sardin Kukus