UDANG SANTAN BERDAUN KARI

UDANG SANTAN BERDAUN KARI
Udang.. Makanan laut yang seringkali menjadi pilihan untuk dihidangkan.  Bukan sahaja kerana resepi masakkan sahaja, Bahkan rasa manis udang itu sendiri. Berbagai variasi hidangan udang telah dicipta.  Cara memasak udang cukup ringkas kerana jika memasaknya lama udang menjadi liat dan mengecut.  Kita cuba resepi dari indonesia ini ea. 

UDANG GORENG SANTAN DAUN KARI

Bahan asas:-
2 sdm minyak untuk menumis
4 butir bawang merah, Hiris 
2 � cm batang kayu manis
1 kg udang besar, buang kulit dan kepala, tinggalkan ekornya
400 ml santan dari 1 biji kelapa parut
10 helai daun kari

Bahan tumbuk halus:-
� sdt jintan manis sangai
� sdt jintan halus sangai
2 biji cili hijau besar
2 biji cili merah besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sdt ketumbar sangai
1 sudu teh asam jawa, larutkan dengan 1 sdm air
1 sdt garam
� sdt gula pasir

Cara-caranya:-
1.    Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga harum. Masukkan bahan tumbuk halus dan kayu manis, tumis kembali hingga harum.

2.    Masukkan udang, aduk hingga berubah warna.

3.    Tuang santan, didihkan.

4.    Masukkan daun kari, kacau rata.

5.    Masak hingga santan meresap, angkat.

6.    Sajikan bersama nasi panas.

(Hidangan untuk 6 org)

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen�SAYA SHARE�Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

Labels:

No comments:

Post a Comment