KEK POUND LEMON MENYELERAKAN..

KEK POUND LEMON
Kek pound.  Biasanya bertekstur padat dan berat.  Jika ianya plain biasanya tidak begitu mendapat sambutan.  Tetapi jika diolahkan dengan pewarna dan perisa, tentu sahaja lebih menarik.  Dihidangkan untuk minum petang sambil bersantai dengan keluarga.  Pasti memenuhi selera.   Anda cubalah resepi kek pound ni.. Selamat menikmati...

KEK POUND LEMON

Bahan-bahan A:
1 cawan / 226g butter, sejuk (potong dadu)
1 1/2 cawan / 300g gula kaster (saya guna 280g)
1 biji parutan kulit lemon

Bahan-bahan B:
5 biji telur, gred A

Bahan-bahan C:
1/3 cawan sour cream (saya guna yogurt)
1 sk esen vanila

Bahan-bahan D:
1 cawan tepung serbaguna, diayak
1 cawan tepung superfine. diayak
1/2 sk garam

Cara-caranya:
1. Sediakan acuan cake pan bersaiz 9 inci. Griskan sedikit dengan butter & taburkan tepung. Ketuk keluar lebihannya. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu, pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan C, pukul lagi.

4. Akhir sekali, masukkan bahan D & pukul sebati (jangan terlebih pukul). Pukul sekejap sahaja & gaul sebati guna spatula.

5. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar pada suhu 175 C selama 1 jam atau hingga kek masak (saya bakar selama 50 min).

6. Bila kek sudah masak, letakkan kek atas pinggan yang rata. Tuang rata lemon glaze atasnya. 

7. Biarkan sejuk sepenuhnya baru dipotong. Taburkan dengan sedikit gula aising atasnya jika suka.

Lemon glaze:

Bahan-bahan:
4 sb susu cair
3 sb jus lemon
1/3 cawan gula kaster (saya guna 1/4 cawan)

Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan dalam saucepan. 

2. Panaskan hingga gula cair & menjadi syrup.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen�SAYA SHARE�Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment