AGAR-AGAR LAPIS MILO MABELES
AGAR-AGAR LAPIS MILO |
AGAR-AGAR LAPIS MILO
Bahan - bahan :
1 bungkus atau 25 gram agar-agar tali
6 cawan atau 1200ml air
1 tin susu cair
1 1/4 cawan gula pasir (ATAU 1 cawan jika anda suka kurang manis)
1/3 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan
Cara-caranya:-
01) Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.
02) Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.
03) Bahagikan cecair agar-agar kepada nisbah 3 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.
04) Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati.
05) Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.
06) Untuk bahagian susu, masukkan garam dan kacau sebati. Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan atas melekat.
07) Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di dalam peti ais.
08) Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen�SAYA SHARE�Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment