KEK CHOCOLATE NUTELLA FROSTING MOIST

KEK CHOCOLATE NUTELLA FROSTING
Kek chocolate...  Tentunya menjadi kegemaran anak-anak semasa minum petang.  Terlebih lagi bila ada nutella.  Penuh berkrim rasa chocolatenya. Mudah menyediakan kek ini.  Boleh juga di olah untuk memudahkan anak-anak memakannya dengan meletakkannya di dalam cawan kertas berwarna-warni.  Lebih menarik.. Selamat mencuba..

KEK COKLAT DENGAN NUTELLA FROSTING

Bahan A:-
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

 ** Satukan semua bahan A.  Ayakkan kesemuanya. Ketepikan.

Bahan B:-
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C:-
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

  ** Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D:-
250 ml air panas

Cara-cara:-
01.  Panaskan oven mengikut suhu anda. Satukan semua bahan B. Putar hingga putih.

02.  Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

03.  Putar hingga sebati.

04.  Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit. 

05.  Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje. Jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.

05.  Offkan pemutar. Kaup balik adunan dengan spatula.

06   Tambahkan air panas dan gaul rata.

07.  Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak.

08.  Bakar adunan di dalam oven sehingga masak sempurna.

Nutella Frosting

Bahan-bahan:- 
230 g unsalted butter
240 g gula icing
220 g nutella
4 sudu besar whipped cream
2 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara-cara:-
01.  Pukul butter dengan mixer sehingga nampak creamy dan pucat.

012.  Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul dengan mixer kelajuan sederhana.

03.  Kemudian masukkan nutella, pukul lagi sehingga sebati.

04.  Masukkan whipped cream dan vanilla esen.



P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

Labels:

No comments:

Post a Comment