PETUA AMALAN KETIKA MEMASAK DIDAPUR

DAGING LEMBU
Daging lembu merupakan sumber protin utama selain daripada daging ayam dan ikan.  Boleh dipelbagaikan resepi dan cara memasak, sada membakar, menggoreng, sup, berkuah dan bermacam lagi.  Tetapi terkadang ramai yang berdepan masalah kerana silap mengolah daging.  Ianya akan menjadi bertambah liat dan mengambil masa yang lama untuk empuk.  Mari kita cuba petua ini untk memudahkan kita mengolah daging...

PETUA DAN CARA MENGOLAH DAGING.
01.  Potong daging berlawanan urat dagingnya. Jika urat daging dari atas ke bawah, potong daging dari kiri ke kanan.

02.  Letakkan sedikit soda bikarbonat ke dalam air rebusan. 

03.  Ambil sedikit batang dari pelepah daun betik dan masukkan ke dalam air rebusan daging. 

04.  gunakan periuk masak tekanan untuk merebus daging.

05.  Potong daging nipis supaya cepat lembut.


HATI AYAM
Hati ayam merupakan bahagian paling digemari ramai.  Walaupun rasanya sediit pahit dan lemak membuatkan anda akan berasa muak.  Akan tetapi ia mempunyai khasiat yang tinggi. Selain menggoreng boleh juga menjadi campuran untuk hidangan lain.  Begitupun, terkadang bukan mudah untuk mengendalikan hati.  Ketika digoreng ia akan meletup dan memercikkan minyak diserata dapur.  Mari kita cuba petua untuk mengelakkan ini terjadi...

PETUA MENGGORENG HATI AYAM.
Hati ayam hendaklah dibasuh bersih. Kemudian biarkan berendam dalam air perahan asam jawa seketika. 
Selepas itu,bilas semula dengan air bersih. Insyallah pasti hati ayam tidak meletup ketika digoreng.


KEJU/ CHEESE
Tentunya ramai peminat keju, bukan sahaj dilalangna kanak-kanak malahann dewasa juga. Khasiatnya tinggi untuk tumbesaran keran ia berasaskan susu.  Harga sedikit tinggi, dan jika tidak kena cara penyimpanannya ia akn mudah rosak dan ini mengakibatkan pembaziran. Cuba petua ini ea.


Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, Bungkus keju itu rapat-rapat dalam sehelai kain bersih yang dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.


PETAI
Petai.. sejenis ulaman dari pohon tinggi du huta.  Ianya baik untuk penghadaman dan pencernaan.  Biasanya dimakn secara uam dan dicampur dalam masakan atau dibuat sambal.  Akan tetapi baunya yang kuat menjadikan ramai tidak sukakannya.  Untuk itu, anda harus mencuba petua ini bagi penggemarnya...

PETUA PEMAKAN PETAI

01.  Untuk kurangkan bau, selepas dikupas, rendam petai dlm air basuhan beras selama sejam. 

02.  Campurkan terung ke dalam masakan yg menggunakan petai. 


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen�SAYA SHARE�Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!
Labels:

No comments:

Post a Comment