KERABU MAGGI ALA THAI
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat mengidam kerabu maggi. Dah biasa benda di berlegar di timeline FB dan juga blog2 masakan. Rata2 menggunakan mi segera dari Thailand (yang memang halal). Tapi che mat guna mi maggie perisa tomyam, guna mana yang ada kat rumah. Resipi agak ringkas tapi che mat bikin ikut style sendiri. Memandangkan ada bahan2 herba dan ulam yang tumbuk disekitar rumah, boleh lah guna untuk kerabu maggi. Nak tambah ayam, sotong. udang, waimah daging pun boleh, tapi che mat cuma ada udang, maka kita guna udang. Pedas tu ikut selera masing2, nak pedas kau lambakkan cili padi, tak nak pedas boleh guna cili merah. Untuk resipi ini che mat guna 1 bungkus maggi perisa tomyam jenis besar. Kalau saiz biasa. boleh guna 2 bungkus. Resipi sepeeti berikut..
1 bungkus Mi Maggi perisa tomyam, asingkan perencahnya
1/4 cawan isi udang
1 kuntum kecil bunga kantan, mayang halus*
3 ulas bawang merah, hiris halus*
1 ulas kecil bawang putih, cincang halus*
3 biji cili padi hijau, hiris halus*
2 biji cili padi merah, hiris halus*
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus*
6 helai daun pudina, hiris halus*
1 helai daun limau purut, hiris halus*
Sedikit lobak merah, hiris halus*
Sedikit timun, hiris halus*
1 biji limau nipis, perah jusnya
2 camca besar air panas
Secubit gula
1/2 camca teh sos ikan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus mi maggi dalam air mendidih sehingga mi lembut (jangan rebus sampai kembang), tos dan ketepikan. Udang dicelur 30 saat, angkat dan sejukkan. Dalam satu bekas, masukkan 2 camca teh penuh perencah tomyam ( dari dalam bungkusan maggi ). Masukkan air panas dan sedikit gula. Kacau rata hingga semua sebati.
- Masukkan semua bahan2 bertanda (*) dan juga udang yang telah dicelur tadi. Gaul hingga semua rata. Tambah mi maggi, gaul hingga mesra. Masukkan jus limau nipis sedikit dahulu, gaul dan rasa, jika perlu baru masukkan sedikit lagi. Begitu juga dengan sos ikan. masukkan sedikit dahulu, gaul rata dan jika perlu baru tambah lagi.
- Alihkan ke dalam bekas sesuai dan hias dengan belahan limau nipis, sedikit hirisan timun dan juga daun pudian. Hidangkan segera...Selamat mencuba!!..
No comments:
Post a Comment