RESIPI SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU
Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni bonda che mat bepuasa sunat. Kadang2 fikir juga nak masakkan apa lah agaknya untuk bonda berbuka nanti. Dia tak memaksa dan makan apa saja, yang simple2 sudah cukup. Tapi che mat memang risau dan kadang2 tu kalau buatkan yang mudah2, rasa macam tak bess pulak. Tempoh hari ada stok pucuk labu kat rumah dan che mat ada beli petai. Jadi hari ni mari kita masak sambal tempoyak daun kayu, typical orang nismilan nya makanan ni, kalau gaul sama nasi panas, mau berbulu tangan. Daun2 guna yang ada sekitar rumah saja. Pucuk ubi bahan penting dan diikuti pucuk labu, daun kaduk, pucuk kacang panjang dan daun kunyit yang kesemuanya diracik halus seperti bunga rampai. Kalau dapat guna tempoyak baru, lagi wangi. Pedas tu anda boleh ikut selera masing2, nak lebihkan atau kurangkan cili padi. Kalau che mat sudah semestinya kena pedas baru lah 'seksi'...peluh2 kau masa makan...haha...nak mencuba?..Jomm semak resipi di bawah ini...
BAHAN - BAHANNYA
1 cekak pucuk ubi
6 - 7 tangkai pucuk labu
20 helai daun kaduk
20 helai pucuk kacang panjang
6 helai daun kunyit muda
3 papan petai
4 camca besar tempoyak
1 liter santan
1 keping kecil asam gelugor
1 genggam ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1 cawan cili padi (che mat guna yang merah dan hijau)
1 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, kemudian mayang halus seperti bunga rampai, masukkan ke dalam bekas. Begitu juga dengan pucuk labu, daun kaduk, pucuk kacang panjang dan daun kunyit, dimayang halus. Masukkan ke dalam bekas berisi pucuk ubi, cuci kemudian toskan hingga kering. Petai diambil isinya, kemudian potong kecil. Ketepikan.
- Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam kuali, tambah tempoyak, ikan bilis (toskan airnya), petai dan santan. Kacau rata hingga tempoyak larut. Hidupkan api dan masak hingga menggelegak dan kuah pekat sedikit.
- Masukkan asam gelugor dan daun2 yang telah dimayang tadi, sederhanakan api dan gaul hingga semua mesra. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment