Crab Rangoons


CRAB RANGOONS
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
1 paket kulit Wantan
Minyak  untuk menggoreng

BAHAN CREAM CHEESE :
250 gm Cream Cheese,  lembutkan
10 batang Crabsstik, cincang halus
3 tangkai daun bawang, potong kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 cawan Mayonis
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar jus limau nipis

PENYEDIAAN :
  1. Kacau Cream Cheese dengan senduk kayu hingga sebati.
  2. Masukkan Crabstik, daun bawang, bawang putih dan mayonis.
  3. Sebatikan dan perasakan dengan garam dan jus limau nipis.
  4. Ambil sekeping kulit wantan,  isikan 1 sudu kecil cream cheese di tengahnya.
  5. Sapu sedikit air di tepi kulit wantan.
  6. Tutup isian, cantumkan kulit wantan hingga melekat.
  7. Panaskan minyak dan goreng dengan api sedang hingga keperangan.
  8. Hidang bersama hummus kentang dan sos cili.

HUMMUS KENTANG :
1 biji kentang, rebus dan haluskan
1/4 cawan Rosted Sesame Mayonis
1 sudu  kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun

PENYEDIAAN HUMMUS KENTANG :
Satukan semua bahan bersama rosted sesame mayonis, gaul sebati.

Crab Rangoons

Pani Puri


Pani Puri
by Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan- Bahan Pani Puri
1 cawan tepung Suji / Semolina
2 sudu besar Tepung Gandum
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan air

Penyediaan :
  1. Satukan tepung dan garam, masukkan air.
  2. Uli hingga menjadi doh yang kental.
  3. Tutup dengan kain lembab dan rehatkan 20 minit.
  4. Canai nipis dan terap dengan penerap bulat.
  5. Selepas di terap canai lagi hingga betul-betul nipis.
  6. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga mengelembung.
  7. Bila keperangan, angkat dan toskan di atas tissue dapur.
  8. Untuk menghidang, pecahkan pani puri di bahagian atasnya.
  9. Isikan dengan Kentang Masala.
  10. Celup dalam sos hijau dan asam jawa.

Sos Chutney Hijau :
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar
2 hiris halia
2-3 tangkai cili hijau
1 biji Lemon
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk jintan putih
garam secukup rasa
1 cawan air ais

Masukkan semua ke dalam pengisar dan kisar halus, tapis.


Sos Chutney Asam Jawa :
1 cawan jus asam jawa
3 sudu besar gula perang
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/4 sudu teh garam

Satukan semua di dalam periuk, masak dengan api kecil hingga gula larut.
Angkat dan tapis.  Sejukkan dahulu.

Kentang Masala :
2 biji kentang rebus
1/2 cawan bawang cincang
1/2 cawan daun ketumbar cincang
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu teh garam

Lecek kentang dan gaul bersama bahan2 nya.

Pani Puri

Garden Spring Rolls


Garden Spring Rolls
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya)
Lobak merah 
Sengkuang
Timun
Suhun 
Crab stik 
Bunga Edible, boleh beli di Jaya Grocery
Daun Salad
sedikit serbuk lada putih
Air mineral untuk mencelup


Penyediaan :
  1. Celur Suhun dalam air panas.  
  2. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
  3. Toskan hingga kering.  
  4. Renjiskan sedikit kicap cair dan serbuk lada putih.
  5. Potong pendek..
  6. Timun di buang pulur, hiris halus memanjang, keringkan atas tisu dapur.
  7. Lobak Merah dan Sengkuang di hiris halus memanjang.
  8. Crabstik di celur sebentar dan toskan.
Cara-cara Menggulung :
  1. Letak sekeping rice paper di dalam pinggan Slate supaya tidak melekat.
  2. Basahkan permukaan rice paper.
  3. Susun crabstik, suhun dan hirisan sayur di hujung rice paper.
  4. Gulung kemas sebanyak 2 kali.
  5. Kemudian susun bunga edible, letak daun salad di atasnya.
  6. Lipat bahagian tepi kiri dan kanan.
  7. Kemudian gulung rapi.
  8. Hidang dengan sos yang di gemari.

Bahan-bahan Sos :
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
4 tangkai cili merah - potong kecil
2 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula
sedikit garam
Potongan cili padi dan kacang tanah cincang

Kisar semuanya dengan sedikit air hingga halus. Masak hingga pekat. 
Rasa masam manisnya. 
Masukkan potongan cili padi dan kacang tanah. Gaul rata.


Garden Spring Rolls

Churros Kentang


Churros Kentang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm ubi kentang rebus 
30 gm Marjerin
30 gm Tepung Jagung
1 biji Putih telur
1/4 sudu teh Garam

Saduran - Campurkan
1/2 cawan gula kaster
1 sudu teh serbuk kayu manis

Penyediaan :
  1. Lecek kentang hingga halus.
  2. Tambah marjerin, gaul rata
  3. Tambah tepung jagung, gaul
  4. Masuk putih telur, gaul hingga sebati
  5. Tambah garam dan gaul rata.
  6. Isikan doh ke dalam piping bag dengan nozzle 1M open star
  7. Picit bentuk rosett atau memanjang di atas kertas baking supaya tak melekat.
  8. Simpan dalam peti sejuk sehingga set.
  9. Panaskan minyak api sederhana.
  10. Angkat adunan menggunakan spatula ke dalam minyak
  11. Goreng hingga kuning kemasan
  12. Golek dalam bahan saduran.
  13. Untuk churros kentang plain, boleh cicah dalam sos coklat.

Sos Coklat Cili
50 ml Dairy Whipping Cream
120 gm coklat masakan hitam, potong kecil
1 sudu kecil serbuk cili

Cara :
Panaskan whipping cream secara double boil
Tutup api, masukkan coklat, kacau hingga cair.
Jika pekat tambah sedikit air panas.
Masukkan serbuk cili jika suka.

Churros Kentang

Karipap Cendawan


Karipap Cendawan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Doh Karipap :
500 gm Tepung Gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu makan Marjerin
1 sudu kecil garam
170 ml air ais
1 sudu besar air kapur jernih

Penyediaan :
  1. Cairkan minyak, marjerin dan garam.
  2. Tuangkan ke dalam tepung, gaul rata.
  3. Apabila sejuk, gaul sebati dengan tangan.
  4. Masukkan air kapur dan air ais sedikit-sedikit.
  5. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  6. Canai nipis dan potong bulat.
  7. Isikan inti cendawan dan klim tepinya hingga tertutup.
  8. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Inti Cendawan :
200 gm isi ayam cincang
2 tin cendawan butang, potong dadu
1 labu bawang besar, potong dadu
2 ulas bawang putih, cincang    
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu teh garam
1 tangkai daun sup, hiris kasar

Penyediaan Inti :
  1. Panas minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah dan isi ayam. kacau hingga masak.
  3. Tuang sedikit air dan perlahan api hingga rempah garing dan masak.
  4. Masukkan cendawan, gaul rata.
  5. Perasakan dengan serbuk lada hitam, lada putih dan garam.
  6. Akhir sekali, masukkan daun sup.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di isi dalam doh karipap.

Karipap Cendawan


Kerepek Crabstik Ketagih


Kerepek Crabstik Ketagih
By Kak Wan @ Resipicarasawan

Bahan-bahan :
100 gm Crabstik - di carik halus
2 sudu besar tepung jagung
50 gm kacang tanah goreng
2 tangkai daun kari - di goreng

Sambal Tumis : 
80 gm Bawang Holland
20 gm Bawang Putih
60 gm MAGGI Pes Sambal Tumis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil air asam jawa
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak untuk menumis
Penyediaan :
  1. Gaul Crabstik dengan tepung jagung.
  2. Goreng hingga garing dan toskan.
  3. Kisar bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air.
  4. Panaskan minyak, tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan MAGGI Pes Sambal Tumis.
  6. Tambah air asam jawa, garam dan gula.
  7. Masak hingga sambal agak kering dan berkilat.
  8. Masukkan Crabstik dan gaul rata.
  9. Angkat dan leraikan dalam dulang pembakar.
  10. Oven selama 10 minit pada suhu 150C.
  11. Angkat dan tabur dengan kacang tanah dan daun kari.
  12. Simpan di dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.

Kerepek Crabstik Ketagih

Kayu Keramat Keledek


Kayu Keramat Keledek
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikabonat
50 gm keledek oren, kukus dan haluskan
1/4 sudu teh garam
20 gm Marjerin
40 gm gula kaster
5 gm Yis segera
120 ml air suam

Salutan : Gaul rata
1/4 cawan gula perang halus
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara-cara :
  1. Larutkan Yis dengan air suam dan sedikit gula.
  2. Biar kembang dan berbuih.
  3. Satukan tepung, soda bikabonat dan keledek.
  4. Gaul rata dan masuk kan marjerin, gula dan garam.
  5. Tuang bancuhan yis dan uli hingga menjadi doh.
  6. Tutup doh dan biar mengembang 2 kali ganda.
  7. Kempis kan doh dan canai memanjang.
  8. Potong 5-7 cm dan bentuk kan lonjong seperti kayu.
  9. Panaskan minyak, goreng dengan api kecil hingga keperangan.
  10. Golek kan di atas salutan gula perang kayu manis.
  11. Hidang dengan celupan sos Koko cili.


Sos Koko Cili
1/4 cawan serbuk koko
4 sudu besar air panas
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil serbuk cili

Cara-cara :
Larutkan serbuk koko dengan air panas dan susu pekat.
Masak dengan api kecil hingga larut.
Masuk serbuk cili dan gaul rata.


Kayu Keramat Keledek

Popcorn Caramel Crisp


Popcorn Caramel Crisp
By Kak Wan

Bahan-bahan :
1/2 cawan jagung kering popcorn
1 sudu besar minyak jagung 

Sos Caramel :
4 sudu besar mentega
1 cawan gula perang
1 sudu besar esen vanila
1/4 sudu teh garam
Pewarna jika suka

Taburan :
2 sudu besar bijan putih
4 sudu besar badam cincang

Penyediaan :
  1. Masukkan jagung popcorn dan minyak ke dalam kuali besar.
  2. Gaul rata dan tutup kuali.
  3. Masak dengan api perlahan hingga jagung meletup-letup.
  4. Apabila letupan berhenti tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Satukan semua bahan sos caramel.
  6. Masak dengan api kecil hingga berbuih kasar.
  7. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  8. Sejuk kan sos caramel dan titis kan pewarna jika suka.
  9. Tuang ke atas popcorn dan gaul rata.
  10. Leraikan dan ratakan ke atas dulang pembakar.
  11. Tabur bijan dan badam cincang secukupnya.
  12. Panaskan oven pada suhu 120C.
  13. Oven selama 30 minit, keluarkan dan balik-balik setiap 15 minit.
  14. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Popcorn Caramel Crisp

Popia Enoki Seaweed


Popia Enoki Seaweed 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
1 paket cendawan Enoki
7 keping kulit Popia 
7 keping Seaweed
2 biji telur ayam
Minyak untuk menggoreng

Bahan Salutan Tepung (satukan dan gaul rata)
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh lada sulah

Bahan Pelekat : Sebatikan
4 sudu besar tepung gandum TOPVALU 
5 sudu besar air

Penyediaan :
  1. Potong pangkal cendawan, siram air dan keringkan di atas tisu dapur.
  2. Kulit Popia dan kulit Seaweed di potong dua bentuk tiga segi.
  3. Ambil sekeping kulit popia, sapu dengan bahan pelekat.
  4. Lekatkan kulit seaweed di atasnya.
  5. Pecahkan telur dan masukkan sedikit garam.
  6. Ambil segengam cendawan, celup ke dalam telur.
  7. Kemudian salut dengan bahan salutan tepung hingga rata.
  8. Letak cendawan di atas kepingan kulit popia seaweed.
  9. Gulung rapi dan lekatkan tepi nya dengan pelekat supaya tidak terbuka.
  10. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
  11. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.

Popia Enoki Seaweed

Donut Sakura Buah Naga


Donut Sakura Buah Naga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil bread improver (pelembut roti)
60 gm buah naga, haluskan
30 ml air sejuk
1 sudu besar gula
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu kecil yis segera
1 sudu besar Marjerin SERI PELANGI

Cara-cara :
  1. Satukan tepung, susu tepung, yis dan gula, Gaul rata.
  2. Masukkan buah naga dan garam, gaul sebati.
  3. Tuang air, uli hingga menjadi segumpal doh.
  4. Masukkan marjerin dan uli beberapa kali hingga sebati.
  5. Tutup doh dengan plastik wrap dan rehatkan selama 15 minit.
  6. Taburi tepung di atas papan canai.
  7. Kempiskan adunan dan bulatkan kembali.
  8. Bahagi doh kepada bebola kecil 25 gm.
  9. Leperkan setiap doh, terap dengan acuan bunga.
  10. Lubangkan di tengahnya dengan straw atau nozzle.
  11. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 15 minit.
  12. Goreng dengan api kecil hingga masak.
  13. Apabila sejuk hias dengan gula aising.

Aising Hiasan :
1/2 cawan gula aising, ayak
1 1/2 sudu besar susu cair
pewarna kuning dan pink

Cara :
  1. Sebatikan gula dan susu, tidak terlalu pekat atau cair.
  2. Ambil sedikit beri warna kuning dan pink.
  3. Sapu pewarna kuning menggunakan brush di bahagian tengah donut.
  4. Sapu pewarna pink di pinggir donut.
  5. Biarkan sebentar hingga gula asing kering.

Donut Sakura Buah Naga

Donut Buah


Donut Buah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
250 gm tepung High Protein
125 air sejuk
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil yis segera
2 sudu besar susu tepung
1 kuning telur
1/2 sudu teh garam
25 gm Marjerin SERI PELANGI

Cara-Cara :
  1. Satukan semua bahan kecuali Marjerin.
  2. Uli hingga menjadi doh, tambah Marjerin SERI PELANGI.
  3. Uli beberapa kali hingga doh menjadi elastik.
  4. Tutup doh dan rehatkan selama 20 minit.
  5. Kempiskan doh dan bahagikan kepada bebola kecil 20 gm.
  6. Taburi tepung di atas papan canai.
  7. Leperkan setiap doh, canai ringan dan lubangkan di tengahnya.
  8. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 20 minit hingga kembang.
  9. Goreng dengan api kecil hingga masak.
  10. Setelah sejuk hias dengan coklat cair mengikut tema buah.

Salutan / Hiasan :
500 gm coklat masakan putih, cincang kecil
50 gm coklat masakan hitam, cincang kecil
Pewarna (Oil base) yang di sukai

Cara-cara Mencairkan Coklat :
Masukkan coklat dalam bekas besi atau kaca.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
Tutup api, baru letakkkan bekas berisi coklat.
Biarkan seketika hingga coklat mencair.
Bahagikan coklat putih kepada beberapa bekas.
Beri pewarna mengikut warna buah.
Hias mengikut tema buah-buahan.

Donut Buah

Donut Kelapa Hawaii


Donut Kelapa Hawaii
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa kering
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil yis segera
1/2 cawan air suam
1/4 cawan santan pekat
1 sudu besar Marjerin

Cara-cara :
  1. Satukan tepung dan yis, Gaul rata.
  2. Masukkan kelapa kering dan garam, gaul sebati.
  3. Satukan air suam, santan dan susu pekat, kacau rata.
  4. Tuang sedikit-sedikit ke dalam tepung.
  5. Gaul hingga menjadi segumpal doh.
  6. Masukkan marjerin dan uli beberapa kali hingga sebati.
  7. Tutup doh dengan plastik wrap dan rehatkan selama 15 minit.
  8. Taburi tepung di atas papan canai.
  9. Kempiskan adunan dan bulatkan kembali.
  10. Bahagi doh kepada bebola kecil 50 gm.
  11. Leperkan setiap doh, canai ringan dan lubangkan di tengahnya.
  12. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 30 minit hingga kembang.
  13. Goreng dengan api kecil hingga masak.
  14. Angkat dan toskan.
  15. Celup permukaan donut ke dalam topping gula aising.
  16. Kemudian salut permukaan nya dengan Hawaii Coconut Flakes.

Bahan Topping
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar jus oren / lemon
1 cawan gula Aising

- Satukan bahan topping. sesuaikan kepekatannya, tidak terlalu pekat atau cair.

Bahan Salutan 
1 cawan Hawaii Coconut Flakes


Donut Kelapa Hawaii

Donut Labu Berbijan


Donut Labu Berbijan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
120 gm labu di kukus
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil yis segera
1/2 cawan susu cair (suam)
1 sudu besar Marjerin

Salutan
Susu cair
1/2 cawan bijan

Cara-cara :
  1. Satukan tepung, yis dan gula,  Gaul rata.
  2. Masukkan labu dan garam, gaul sebati.
  3. Tuang susu suam sedikit-sedikit hingga menjadi segumpal doh.
  4. Masukkan marjerin dan uli beberapa kali hingga sebati.
  5. Tutup doh dengan plastik wrap dan rehatkan selama 15 minit.
  6. Taburi tepung di atas papan canai.
  7. Kempiskan adunan dan bulatkan kembali.
  8. Bahagi doh kepada bebola kecil 50 gm.
  9. Leperkan setiap doh, canai ringan dan lubangkan di tengahnya.
  10. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 20 minit.
  11. Sapu permukaan nya dengan susu cair dan taburi bijan.
  12. Goreng dengan api kecil hingga masak.
NOTA :  
Jika labu berair, kurangkan sukatan susu.
Donut boleh juga di salut dengan gula kaster.

Donut Labu Berbijan

Granola Oats Kurma Kayu Manis


Granola Oats Kurma Kayu Manis
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 1/2 cawan (230gm) rolled oats
1/2 cawan badam (80gm), cincang kasar
1/3 cawan madu (113gm)
1/4 cawan mentega tawar (56gm)
1/4 cawan gula perang (50gm)
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 cawan cranberries kering (60gm), cincang kasar
1/2 cawan kurma (60gm), cincang kasar
1/4 cawan chocolate chips (60gm)

Loyang 9 in (Alas baking paper)

Cara-cara :
  1. Panaskan oven suhu 160C.
  2. Panggang oats dan badam selama 5 minit.
  3. Alihkan ke dalam mangkuk besar.
  4. Dalam periuk, cairkan mentega, gula, madu dan serbuk kayu manis.
  5. Kacau hingga semuanya larut.
  6. Tuang ke dalam campuran oats dan gaul rata.
  7. Biarkan suam selama 5 minit.
  8. Kemudian masukkan kurma, cranberries dan chocolate chips.
  9. Ratakan di atas loyang.
  10. Panggang sebentar selama 5 minit.
  11. Setelah sejuk, potong kepada kepingan panjang.
  12. Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk.

Granola Oats Kurma Kayu Manis


KUIH KERIA GULA MELAKA

rsz_ckgm1
Assalammualaikum, salam semua. Sana sini orang tayang kuih keria atau belah2 utara dipanggil 'coq keria', asyik lalu kat timeline di FB saja. Tak boleh jadi, kena bikin juga. Satu lagi tengah hot kuih keria sira gula Melaka. Sebenarnya che mat suka kuih keria kosong, yang tak bersira, atau kuih keria togel. Petang tadi lepas solat asar, tiba2 kerajinan itu datang, keledek pulak memang ada kat dapur, tapi keledek kaler oren. Keledek oren ni dia lembut sikit beza dengan keledek putih. Tapi kita yang buat dia, pandai2lah nak menggayakannya. Kalau takde keledek, guna ubi kayu pun boleh, yang tu nanti bila ada ubi kayu, kita test bikin kuih keria ubi kayu pulak. Che mat guna kurang lebih 900 gram macam tu, bila dah buang kulit semua adalah dalam 800+ gram. Kuih keria kalau terlebih tepung pun tak sedap, dia nak kena pandai agak2. Bergantung pada jenis keledek. Satu lagi tips, bila dah taruk tepung dan diadun, cuba goreng adunan keria tu sikit, kalau elok kejadiannya, tak perlu tambah tepung lagi, tapi bila lepas goreng tu lembik, boleh tambah sedikit lagi tepung. Che mat suka taruk baking powder, tujuan nak kasi kuih keria tu lagi gebu dan kekal lembut walaupun dah sejuk....Nak mencuba?...Resipi seperti di bawah ini...

BAHAN - BAHANNYA :-)
800+ gram keledek kaler oren yang telah dikupas kulitnya
1 camca teh garam
3/4 cawan tepung gandum
1 camca teh penuh baking powder (serbuk penaik)
3/4 cawan gula melaka, dihiris
1 - 2 camca besar gula pasir
1/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keledek dipotong kiub besar2 dan rebus hingga empuk, jangan lupa masukkan garam. Kemudian toskan dan lecek hingga halus. Biarkan sekejap hingga suam. Gaul tepung dengan baking powder dan masukkan ke dalam keledek yang telah dilecek tadi. Gaul hingga sebati dan menjadi adunan yang lembut tapi tidak melekit. Ketepikan sebentar.
  2. Sediakan dulang, alas dengan plastik bersih atau boleh taburkan sedikit tepung. Ambil sedikit aduan tadi (anggaran 1 camca besar penuh), bulat2kan dan tekan sedikit biar leper. Cucuk bahagian tengahnya dengan jari untuk menghasilkan lubang, kemaskan dan taruk atas dulang tadi. Sapu sedikit tepung pada tapak tangan jika adunan melekat. Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam kemudian goreng kuih keria tadi hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Angkat, toskan minyaknya. Buat hingga siap.
  4. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak. Kemudian masukkan gula melaka, gula pasir dan air. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga gula larut. Terus memasak hingga gula mula berbuih dan pekat (bila anda angkat sudip, kelihatan gula seakan2 bertali). Masukkan kuih keria tadi dan gaul rata (masa ni kuih keria akan melekat2, tapi takpe, terus kacau perlahan hingga semua bahagian kuih keria bersalut gula). Masak sekejap lagi dengan api kecil hingga kuih keria kering. Matikan api dan alihkan kuih ke dalam loyang. Pisah2kan kuih tadi dan biar hingga sejuk.. Boleh hidangkan...Selamat mencuba!

TEMPE GORENG TEPUNG

rsz_tgrr
Assalammualaikum, salam semua. Petang tadi kita menjawakan diri. Tiba2 teringin makan tempe goreng tepung dan ditambah ketumbar jintan sebagai penyedap rasa. Teringat che mat, tahun lepas masa kelaurga che mat menunaikan haji dan che mat tinggal sorang2 kat rumah. Pagi raya haji tu aku goreng tempe, punya lah lagend menu, yelah kalau nak masak sapa nak makan, buat penat ajer. Kudapan tempe goreng ini amat biasa dengan masyarakat Jawa dan bukan Jawa pun dah pandai makan. Kira tempe bahan wajib untuk dicampur dalam masakan sambal goreng, kuah lodeh dan juga sebagai pelengkap dalam hidangan rojak. Seperti sedia maklum, kalau makan tempe goreng kena lah ada sambal kicap..Baru lah Johor!!...

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 - 5 keping tempe berbungkus daun
1/2 cawan tepung beras
1 biji telur
1/4 cawan air
3/4 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
3 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa (anggaran 3/4 camca teh)
Minyak untuk goreng terendam
Sambal kicap untuk dimakan bersama tempe goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dihiris nipis menyerong (4 - 5 hirisan untuk sekeping tempe, ikut ketebalan tempe yang anda guna), ketepikan. Semenatar itu masukkan tepung beras ke dalam mangkuk bersama2 bahan tumbuk halus, serbuk kunyit, garam dan telur. Kacau rata dan tuang air, kacau lagi hingga semua bersatu dan sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup setiap kepingan tempe dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas. Jangan goreng banyak2 sekali, goreng anggaran 7 - 8 keping sekali goreng. Masak hingga tempe kuning keemasan. Balik2kan agar masak sekata, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan minyaknya.
  3. Buat hingga selesai dan boleh hidangkan tempe goreng tepung dengan sambal kicap untuk minum petang atau kudapan di waktu2 senggang. Selamat mencuba!!

BURGER DAGING BERSOS LADA HITAM

rsz_black_pepper_beef_burger1 (1)
Assalammualaikum, salam semua. Sebelum che mat teruskan, nak cerita sikit. Resipi dalam entri ini ialah resipi yang che mat pernah bekerjasama dengan pihak JALEN dulu dan disebabkan laman web mereka menghadapi masalah, jadi che mat dapat keizinan untuk berkongsi kembali resipi yang menggunakan produk JALEN, di blog tiffinbiru. Burger daging bersos lada hitam ini che mat bikin sendiri daging burgernya dan juga sos lada hitam. Roti tu sebenarnya che mat bikin sendiri juga, tapi rasanya untuk lebih mudah, anda guna saja roti yang dah siap. Resipi ini akan menghasilkan 4 keping daging burger bersaiz seperti dalam gambar (maksudnya anda akan dapat 4 biji burger juga)...Jomm kita semak resipi...

BAHAN - BAHAN DAGING BURGER :-)
400 gram daging lembu yang dicincang,
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/3 cawan serbuk roti (guna yang warna putih)
1 camca teh serbuk ketumbar
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1 camca besar serbuk mustard
1 camca teh kicap masin JALEN

BAHAN - BAHAN SOS LADA HITAM :-)
1 1/2 camca besar lada hitam biji, ditumbuk halus
1/2 camca besar tepung gandum
2 camca besar mentega
1 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap pekat JALEN
Kicap lemak manis JALEN, secukup rasa
3 cawan air

BAHAN - BAHAN LAIN :-)
4 keping keju chessdale (atau keju pilihan anda)
Daun salad secukupnya
Hirisan jeruk gherkin secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Hirisan bawang besar secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Sos tomato JALEN secukupnya
Mayonnaise secukupnya
Sedikit majerin untuk disapu pada roti

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DAGING BURGER :- Satukan semua bahan2 untuk daging burger. Gaul rata (jika anda ada food processor, masukkan kesemuanya dalam FP dan putar pada kelajuan perlahan hingga semua bersatu). Bahagikan kepada 4 bahagian sama besar. Bulat2kan dan tekan hingga leper sedikit, pastikan saiznya lebih besar dari roti burger. Buat hingga siap dan panggang dalam non-stick pan dengan api kecil. Tekan perlahan2 atas daging burger tadi semasa memanggang. Masak 3 - 4 minit untuk setiap bahagian. Angkat dan ketepikan.
  2. UNTUK SOS LADA HITAM :- Panaskan mentega dalam periuk kecil. Tumis bawang holland hingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau rata, guna api kecil. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis dituang. Masukkan lada hitam, sos tiram dan kicap pekat. Kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat. Perasakan dengan kicap lemak manis secukupnya. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Sejukkan untuk kegunaan kemudian.
  3. UNTUK BURGER DAGING BERSOS LADA HITAM :- Ambil sebiji roti burger, belah dua dan sapu dengan sedikit majerin. Kemudian panggang hingga perang sedikit. Angkat dan ketepikan. Ambil bahagian bawah roti, susun daun salad, hirisan timun, hirisan tomato, jeruk gherkin dan hirisan bawang besar. Paipkan dengan sos tomato dan mayonnaise atasnya. Letak sekeping keju. Celupkan sekeping daging burger yang telah dipanggang ke dalam sos lada hitam dan taruk atas keju tadi. Tutupkan dengan bahagian atas roti burger. Cucuk dengan lidi sate bersih untuk menstabilkan burger anda. Hidangkan segera, pastikan lidi sate dibuang sebelum dimakan...Selamat mencuba!!
CATATAN MAT GEBU : - Daging cincang che mat masukkan dalam tapis, kemudian cuci dibawah air paip yang mengalir, toskan hingga kering dan boleh digunakan untuk membuat daging burger. Selain daging lembu, anda boleh guna daging ayam atau kambing..

MARUKU MELETOP BIKIN GEGAR HARI RAYA ANDA!!...

Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa, dan biasanya bila puasa dah mula masuk minggu ke-2, kita dah mula fikir pasal keperluan hari raya. Benda yang penting selain pakaian dan persiapan lain dah tentunya kudapan atau bahan-bahan cemilan untuk dihidangkan semasa raya nanti. Selain biskut dan kek, muruku antara yang paling laris dan menjadi perhatian. Yelah bila raya ajer hari-hari kau hadap biskut, kek dan segala macam manisan tetulah tekak rasa muak, macam dah tak boleh nak terima. Muruku pun kena tengok juga, ada tu nampak indah dalam botol atau bungkusan, tapi bila makan, keras, boleh terkehel gusi! Apa tah lagi orang yang gigi dia kurang kuat macam che mat tu....ehhh tersebut diri sendiri pulak...

Jadi untuk lebaran atau tak kisahlah untuk kudapan lepas berbuka puasa ke atau untuk majlis-majlis keraian ke, anda wajib hidangkan maruku meletop. Kudapan ini keluaran orang kita yang in sha Allah dijamin sedap, rangup, mantap rasanya dan paling penting HALAL. Sekali rasa, mesti ketagih sepanjang masa. Maruku meletop hasil kerjasama antara Puan Aliah dan teman beliau Puan Rozy serta suami. Puan Aliah bertindak sebagai 'jurujual'. Manakala Puan Rozy dan suami mengusahakannya di rumah, kira produk homemade yang dibuat dengan penuh kasih sayang. 

Disebab maruku meletop ini produk HOT di pasaran, maka kena cepat buat tempahan sebelum kehabisan stok...gigit jari wehhh nanti kalau tak dapat, menyesal!..Che mat ni asyik cerita-cerita ajer, macam mana nak buat tempahan?..

Untuk tempahan dan syarat-syarat penghantaran, boleh hubungi Puan Nur Aliah Nadhirah seperti berikut :-

HP (wassap/call) - 013 253 6985 ( Pn Aliah )


PUFF PASTRY INTI KENTANG

rsz_ktpp
Assalammualaikum, salam Rabu semua. Petang semalam che mat sempat buat kudapan ringkas. Yang ni rasaya semua orang boleh buat, sebab gunakan puff pastry. Benda2 macam ni memang selalu ada dalam simpanan che mat (dalam freezer), tapi boleh tak perasan masih ada berbaki sebungkus lagi. Puff pastry bagi mereka yang kurang pasti apa dia, ialah pastry yang dibalut dengan pastry majerin kemdian dilipat berulang2 kali. Proses membuatnya agak crewet walaupun bahan2nya tak banyak. Ini kerana setiap kali lepas anda lipat dan canai, pastry kena dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit. Proses melipat, mencanai dan menyimpan kena buat hingga 4 - 5 kali. Tujuanya untuk mendapat lapisan nipis bila pastry dibakar nanti. Che mat pernah bikin sekali dulu, tapi kalau nak cepat, seelok2nya beli saja yang ready made. Biasa yang kita jumpa di pasaraya jenama KAWAN. Untuk isian atau inti anda boleh guna sebarang jenis samada yang manis atau pun pedas. Resipi ini amat mudah dan amat sesuai untuk sarapan pagi atau pun minum petang....Jomm kita cuba!..

BAHAN - BAHANNYA :-)
10 keping puff pastry (jenama kawan) bersaiz 4 inci x 4 inci
1 telur, dipukul sedikit
Bijan untuk hiasan

BAHAN - BAHAN INTI :-)
3 biji kentang saiz sederhana
2 biji telur
1 biji bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 kiub pati ayam MAGGI, dihancurkan
1 camca besar penuh rempah kari daging (Baba's)
1 camca teh gula
1/4 camca teh lada sebuk lada hitam (optional)
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

rsz_ktpp2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTINYA :- Kentang dikupas, cuci dan dipotong dadu kecil2 (seperti membuat inti karipap). Kemdian rebus kentang tadi hingga empuk, toskan. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tuang telur dan kacau hingga hancur, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, masukkan 3 camca besar minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan rempah kari dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga mendidih. Masukkan kentang, telur hancur dan kiub pati ayam. Gaul rata dan masukkan gula. Kacau dan masak hingga kering. 
  3. Masukkan sedikit garam (rasa dulu sebab kiub ayam dah ada garam) dan serbuk lada hitam, (jika guna), kacau dan akhir sekali tambah hirisan daun bawang. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar inti sejuk.
  4. UNTUK PUFF PASTRY  INTI KETANG :- Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan dulang pembakar. Ambil sekeping puff pastry. Cedok 1 camca besar inti dan taruk pada 1/2 bahagian puff pastry (seperti gambar di atas). Sapu keliling puff pastry dengan telur, kemudian lipat dua puff pastry. Tekan2 sedikit tepinya agar melekat (tak perlu tekan dengan garfu seperti selalu). Alihkan atas dulang pembakar. Buat kaedah sama untuk baki puff pastry dan inti, hingga siap.
  5. Cucuk2 permukaan puff tadi dengan garfu, kemudian sapu dengan telur dan taburkan sedikit bijan. Bakar dalam oven selama 25 minit hingga kuning keemasan (jika oven anda ada 'kipas', anda boleh on kan). Sejukkan puff atas jaringan sebelum dihidangkan...