Napoleon Pastry Cake


NAPOLEON PASTRY CAKE
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
2 keping Pastry Puff KAWAN (8x8in)
2 sudu makan Mentega cair

PENYEDIAAN :
  1. Potong pastry puffs 3in lebar x 8in panjang.
  2. Kemudian gelek sedikit hingga menjadi 9in panjang. (3x9in)
  3. Tusuk dengan garpu di beberapa tempat.
  4. Oven pada suhu 180C selama 25 minit atau keperangan.
  5. Sejukkan dahulu dan sapu mentega cair.
  6. Ambil garpu dan tekan sedikit pastry supaya leper.
KASTARD :
400 ml Susu Cair
80 gm Gula Halus
1 sudu teh Esen Vanilla
70 gmTepung Jagung
1 Kuning Telur
1 sudu makan Mentega
80 ml Non-Dairy Whipping

PENYEDIAAN :
  1. Satukan semua bahan kastard kecuali mentega dan non dairy whipping cream.
  2. Tapis ke dalam periuk, masak dengan api kecil hingga hampir pekat.
  3. Tutup api dan masukkan mentega, kalau hingga larut.
  4. Masuk ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap.
  5. Putar Non-Dairy Whipping cream hingga kental.
  6. Kaup balik dengan kastard hingga rata.
  7. Masukkan ke dalam piping bag.

SWISSROLL :
Bahan A
3 biji kuning telur
75 gm gula kaster
50 ml air
40 ml minyak jagung / minyak masak
80 gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna jika suka

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

PENYEDIAAN :
  1. Putar bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Putar kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.
  3. Putar dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
  4. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
  5. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan hentakkan sedikit.
  6. Oven pada suhu 170C selama 10-15 minit.

CARA MENYEDIAKAN KEK :
  1. Alas dahulu dengan Plastik Wrap.
  2. Letak sekeping pastry puffs, picit kastard dan ratakan.
  3. Jika suka boleh tambah hirisan buah, parutan keju atau coklat.
  4. Ulangi untuk lapisan kedua.
  5. Untuk lapisan ketiga, salutkan seluruh pastry.
  6. Balut dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk hingga keras.
  7. Sapu SwissRoll dengan susu pekat atau jem.
  8. Letakkan blok pastry di hujung dan gulung kemas.
  9. Simpan di dalam peti sejuk hingga set.
  10. Hias mengikut kesukaan.

Napoleon Pastry Cake

Durian Puding Layer Cake


DURIAN PUDING LAYER CAKE
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN SPONGE CAKE
250 gm Sponge Mix
5 biji telur Grade A
50 ml air
60 ml minyak jagung

Loyang 8 inci 

Penyediaan Kek :
  1. Alas loyang dengan kertas baking.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C.
  3. Sebatikan Sponge Mix, telur dan air.
  4. Putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan berkrim.
  5. Perlahankan mixer, masukkan esen vanilla dan minyak.
  6. Putar hingga bergaul sebati.
  7. Oven selama 40-45 minit.
  8. Sejukkan dahulu dan potong bahagian atas dan tepi kek.  
  9. Kemudian potong kepada 3 atau 4 kepingan.
  10. Tuang 1 cawan puding dan ratakan dalam loyang.
  11. Letak sekeping kek di tengahnya.
  12. Tuang puding hingga menutup ruang tepi dan atas kek.
  13. Ulangi melapis kek dan puding hingga habis.
  14. Simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 4 jam.
  15. Keluarkan dari loyang dan salut dengan kelapa kering.

BAHAN PUDING :
250 gm isi durian
800 ml air 
400 ml santan pekat
11 gm serbuk agar-agar
50 gm tepung kastard
180 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
setitis pewarna kuning telur

Penyediaan Puding :
  1. Kisar isi durian dan air, tapis ke dalam periuk.
  2. Masukkan santan, serbuk agar-agar, tepung kastard, gula dan garam.
  3. Whisk sebati dan masak hingga meletup-meletup.
  4. Sentiasa mengacau supaya tidak berketul.
  5. Angkat dan biar wapnya hilang sebelum di lapis dengan kek.

Durian Puding Layer Cake

Durian Dream Cake


DURIAN DREAM CAKE
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN SPONGE CAKE
250 gm Sponge Mix
5 biji telur Grade A
50 ml susu cair
1 sudu besar esen vanilla
75 ml minyak jagung

2 Loyang 7 inci

Penyediaan Kek :
  1. Alas loyang dengan kertas baking.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C.
  3. Sebatikan Sponge Mix, telur dan susu cair.
  4. Putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan berkrim.
  5. Perlahankan mixer, masukkan esen vanilla dan minyak.
  6. Putar hingga bergaul sebati.
  7. Bahagi kepada 2 bahagian dan tuang dalam 2 buah loyang 7 in.
  8. Oven selama 40-45 minit.
  9. Sejukkan dahulu dan potong bahagian atas kek.  
  10. Kemudian setiap kek dipotong 2 menjadi 4 lapisan kek.

CREAM DURIAN :
350 ml Non Dairy Whipping Cream
150 gm isi durian, haluskan

Penyediaan  :
Putar Whipping Cream hingga pekat.
Masukkan isi durian dan sebatikan.
Masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk.

PES DURIAN :
250 gm Isi Durian 
60 ml susu cair
50 ml susu pekat manis

Penyediaan :
Satukan isi durian, susu cair dan susu pekat.
Kisar hingga halus.  Masukkan ke dalam piping bag.

TOPPING KASTARD DURIAN
60 ml susu cair
1/2 sudu kecil gula Caster
1 sudu besar Tepung Kastard
1/2 sudu besar Gelatin, larutkan dengan 2 sudu besar air panas
70 gm isi durian, haluskan

Penyediaan  :
Satukan isi durian, susu, gula dan tepung kastard.
Kisar hingga halus dan tapis ke dalam periuk.
Tuang larutan gelatin dan masak hingga hampir pekat.
Sejukkan dahulu sebelum di ratakan di atas kek.


PENYEDIAAN MELAPIS KEK :
  1. Letak sekeping kek diatas papan kek.
  2. Picit PES DURIAN di atasnya dan ratakan.
  3. Kemudian picit CREAM DURIAN dan ratakan.
  4. Ulangi melapis Kek, Pes Durian dan Cream Durian hingga 3 lapisan.
  5. Ratakan atas dan tepi kek dengan lebihan CREAM DURIAN.
  6. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  7. Keluarkan dan ratakan TOPPING KASTARD DURIAN di atasnya.
  8. Simpan semula dalam peti sejuk hingga topping mengeras sebelum di potong.

Durian Dream Cake

Kek Rose Laychee


Kek Rose Laychee
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Sponge Cake :
250 gm Tepung sponge mix
60 ml sirap laychee
5 biji telur B
Beberapa titis pewarna pink
60 ml minyak jagung / mentega cair

Loyang 7 atau 8 in, alas kertas minyak

Penyediaan Kek Sponge :
  1. Satukan semua bahan kecuali minyak.
  2. Putar dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
  3. Masuk minyak, putar dengan kelajuan perlahan.
  4. Kaup balik hingga rata.
  5. Tuang dalam 2 loyang (7 inci) sama banyak.
  6. Oven pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak..
  7. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven.
  8. Selepas 10 minit terbalikkan ke atas.
  9. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit untuk memudahkan potongan.
  10. Potong setiap kek kepada 2 kepingan. (4 layer).

Bahan Sirap Laychee 
1 tin Laychee, asingkan sirap dan buah
30 gm gula 
1/2 sudu besar tepung jagung

Penyediaan Sirap Laychee :
  1. Satukan sirap laychee, gula dan tepung jagung.
  2. Masak dengan api perlahan hingga hampir pekat.
  3. Ketepikan 2 sudu besar* untuk di masuk ke dalam krim laici.

Krim Laychee :
400 ml Non Dairy Whipping Cream 
2 sudu besar sirap laychee *
Beberapa titis pewarna pink
2 sudu kecil gelatin HALAGEL
1 sudu besar air

Buah Laychee, di carik halus
Kacang Pistachios panggang, cincang kasar
Kelopak rose kering untuk hiasan

Penyediaan Krim Laychee :
  1. Larutkan gelatin dalam air, biar 5 min hingga kembang.
  2. Microware atau double boil hingga cair.  Ketepikan.
  3. Putar whipping cream dan sirap laychee hampir kembang.
  4. Masukkan gelatin dan pewarna pink.
  5. Putar lagi hingga kembang dan kental.
  6. Masuk ke dalam piping bag.

Penyediaan Lapisan Kek
  1. Ambil sekeping kek, sapu dengan sirap laici hingga rata.
  2. Picit tipis krim laici dan ratakan dengan spatula.
  3. Tabur carikan buah laychee dan pistachious.
  4. Kemudian picit lagi krim laici hingga menutupi buah.
  5. Ulangi lapisan kek hingga habis.
  6. Salut semua kek dengan krim dan simpan dalam peti sejuk.
  7. Hias dengan kelopak rose kering dan pistachios.

Kek Rose Laychee

Kek Lapis Chocolate Keju Cracker


Kek Lapis Chocolate Keju Cracker
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan:
450 gram mentega tulin
250 gram Philadelphia Cream Cheese - suhu bilik
100 gram gula halus
200 gm susu pekat manis (1/2 tin)
10 biji telur gred A
2 sudu kecil ovalette
300 gram tepung Hong Kong
60 gm serbuk koko
2 sudu besar coklat emulco
1 bungkus Thong Guan Cracker Cheese

1 cawan susu suam untuk mencelup biskut

Loyang 8 x 8 x 3, dialas dan digris dasarnya.
Cara-cara :
  1. Putar mentega, gula dan ovalette hingga kembang dan berkrim.
  2. Masuk cream cheese. Pukul sebati dan licin.
  3. Masuk telur satu persatu, putar hingga bergaul rata.
  4. Masuk susu pekat manis. putar dengan kelajuan rendah.
  5. Masuk tepung dan serbuk koko yang di ayak.
  6. Tambah coklat emulco, putar hingga sebati.
  7. Ambil 6 sudu besar (130 gm) adunan, ratakan di atas loyang. 
  8. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit pada suhu 180C.
  9. Bila permukaan kek sedikit perang,  keluarkan loyang.
  10. Cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekan dengan penekan kek.
  11. Celup ringan biskut cracker dalam susu, susun atas kek pada setiap lapisan kedua.
  12. Ulangi langkah seterusnya hingga selesai.
  13. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil.
  14. Bakar api atas dan bawah 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.
Kek Lapis Chocolate Keju Cracker

OldTown Teh Tarik Cupcake


OldTown Teh Tarik Cupcake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
170 gm mentega
220 gm gula halus
3 biji telur grade B
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu kecil garam
300 gm tepung gandum
2 sachet OLDTOWN Teh Tarik atau Teh Susu
300 ml susu segar

12 biji cawan kertas

Hiasan :  Oats dan Pretzel (Optional)

Cara-cara :
  1. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga bergaul rata.
  4. Masukkan tepung dan serbuk teh.
  5. Putar hingga rata dan sebati.
  6. Masuk ke dalam cawan kertas 3/4 penuh.
  7. Letak kepingan Pretzel dan tabur dengan oats.
  8. Oven 20-25 minit hingga masak.

OldTown Teh Tarik Cupcake