Ayam Panggang Crumble


Ayam Panggang Crumble
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor Ayam (1kg)
5 batang daun bawang
1 labu bawang putih, belah 

Bahan Perapan
2 sudu teh Rempah Chinese 5 spices
1 sudu besar serbuk pati ayam
2 sudu kecil garam 
1 sudu kecil lada hitam kasar 
2 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos Tiram

Bahan Sapuan (Sebatikan)
1/2 cawan Madu
1/2 cawan Cuka Putih

Penyediaan :
  1. Cucuk ayam dengan garpu di beberapa tempat.
  2. Sebatikan bahan perapan dan lumur pada ayam bahagian luar dan dalam ayam.
  3. Sumbat bawang putih dan daun bawang ke dalam ayam.
  4. Semat dengan lidi dan ikat kedua kakinya supaya tidak terbuka.
  5. Perap selama 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
  6. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ayam pada suhu ruang.
  7. Sapu Bahan Sapuan hingga rata seluruh ayam.
  8. Jemur di bawah kipas atau panas matahari selama 2 jam.
  9. Panggang selama 40 minit pada suhu 200C.
  10. Keluarkan ayam dan sapu lagi bahan sapuan hingga rata.
  11. Turunkan suhu pada 180C dan panggang semula  hingga kulitnya keperangan.
  12. Angkat dan gulingkan dengan crumble hingga bersalut rata.
Crumble Bawang Putih
1 labu bawang putih cincang
1/2 cawan breadcrumbs
1/4 cawan cornflakes, ramas halaus
2 sudu besar bijan
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil cili flakes

Penyediaan :
  1. Bawang putih di goreng hingga keperangan dan toskan.
  2. Satukan bersama breadcrumbs, bijan dan cornflakes.
  3. Sangai tanpa minyak hingga keperangan.
  4. Tambah lada hitam, cili flakes dan garam, gaul rata.
  5. Tabur di atas ayam panggang.
  6. Enak di makan dengan Sos Cili.
Sos Cili
8 tangkai cili merah, potong
6 ulas bawang putih, hiris
1 1/2 inci halia, hiris
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
5 sudu besar cuka makan
1/3 cawan air 

Cara-cara :
Kisar cili, bawang, halia, serai dan air hingga halus.
Masukkan cuka, gula dan garam secukupnya.
Masak hingga mendidih.


Ayam Panggang Crumble
Labels:

No comments:

Post a Comment