Talam Cendol Keledek Ungu


Talam Cendol Keledek Ungu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Lapisan Bawah 
250 gm keledek ungu, rebus hingga empuk,
200 gm gula pasir
200 ml santan kotak
200 ml air
150 gm tepung ubikayu
30 gm tepung beras
1/2 sudu teh garam

Loyang 8 x 8 (sapu minyak dan alas plastik tahan panas)

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan dalam pengisar.
  2. Kisar hingga halus. 
  3. Tapis ke dalam kuali, masak hingga naik wap.
  4. Apabila adunan sedikit berketul, tutup api.
  5. Whisk hingga licin dan tuang ke dalam loyang.
  6. Tutup loyang dengan aluminium foil.
  7. Kukus selama 25 minit.

Lapisan Atas 
100 gm tepung beras
200 ml santan kotak
150 ml air
1/2 sudu besar tepung jagung / hoen kwee
1/2 sudu teh garam
100 gm cendol, toskan airnya

Penyediaan :
  1. Satukan semua lapisan atas kecuali cendol.
  2. Tapis ke dalam kuali dan masak hingga naik wap.
  3. Apabila adunan sedikit berketul, tutup api.
  4. Whisk hingga licin, masukkan cendol.
  5. Gaul perlahan-lahan supaya cendol tidak patah.
  6. Tuang ke atas lapisan bawah, tabur cendol di atasnya.
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil.
  8. Kukus selama 25-30 minit.
  9. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Talam Cendol Keledek Ungu

Labels: ,

No comments:

Post a Comment