Kuih Lapis Roti
By Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan A
8 keping roti sandwich putih
250 ml air
Bahan B
150 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
400 ml santan kotak
250 ml air
120 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam
400 ml santan kotak
250 ml air
120 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
Bahan C
1 sudu teh pandan emulco
1/4 sudu teh pewarna oren
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
Loyang 7 inci, sapu sedikit minyak dan alas plastik tahan panas
Cara-cara :
- Potong tepi roti, carik2 kan dan rendam dengan air.
- Masukkan ke dalam pengisar. Ketepikan.
- Satukan air, santan, gula dan garam.
- Masak hingga gula larut.
- Bila sejuk, masuk kan tepung beras dan tepung ubi, gaul rata.
- Tuang ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
- Asingkan bancuhan kepada 3 bahagian.
- Satu bahagian di beri pandan emulco.
- Satu bahagian di beri pewarna oren
- dan satu bahagian di campur serbuk koko dan coklat emulco.
- Tuang bancuhan pandan, kukus selama 5 minit.
- Kemudian lapis dengan bancuhan coklat, kukus 5 minit.
- Di ikuti bancuhan oren. Ulangi melapis hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil.
- Kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak
- Sejukkan dahulu sebelum di potong.
NOTA : 140 ml setiap lapisan
Kuih Lapis Roti