Sup Ayam Thai / Tom Kha Gai


Sup Ayam Thai / Tom Kha Gai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan?
200 gm isi dada ayam, potong kiub
50 gm cendawan butang, hiris
500 ml air
100 ml susu cair
2 batang serai, ketuk
6 helai daun limau purut?
1 inci lengkuas?, hiris
6 tangkai cili api (diketuk)?
1 biji tomato, belah 6
2 sudu besar sos ikan?
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Sedikit daun ketumbar (dipotong kasar)?

?Cara-cara :
  1. Masukkan air, serai, lengkuas, cili, dan daun limau purut ke dalam periuk dan didihkan.?
  2. Setelah mendidih, masukkan cendawan dan isi ayam. 
  3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam masak.?
  4. Tambahkan susu cair, jus limau dan sos ikan.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.?
  6. Taburkan daun ketumbar sebelum di hidang.

Sup Ayam Thai / Tom Kha Gai




Labels: ,

No comments:

Post a Comment