Telur Dadar Bersarang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-Bahan
2 biji telur
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar air
1/4 sudu teh garam
Kuali Lebar
2 cawan minyak
Acuan Roti Jala
Penyediaan :
Bahan-Bahan
2 biji telur
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar air
1/4 sudu teh garam
Kuali Lebar
2 cawan minyak
Acuan Roti Jala
Penyediaan :
- Pecahkan telur, kocok ringan.
- Larutkan tepung jagung dan air.
- Masuk ke dalam telur dan tambah garam.
- Kocok hingga sebati dan tapis ke dalam acuan roti jala.
- Panaskan minyak dalam kuali lebar.
- Bila minyak betul2 panas, kirai bancuhan telur.
- Angkat tinggi kedudukan botol, kirai bermula dari tepi kuali hingga ke tengah.
- Goreng hingga bahagian tepi telur keperangan.
- Baru terbalik kan dan biar sedikit garing.
- Kemudian lipat 2 atau 4, goreng hingga garing.
- Angkat dan toskan minyak.
- Enak di makan panas-panas, garing dan rangup.
Telur Dadar Bersarang